Holier than thou~

oleh sorensen pada 25 Mei 2010 dalam ,

Kenapa ya, ramai orang Melayu yg mempunyai attitude seperti ini?

Sangat memalukan. Sebentar tadi ada seorang user yg tidak berani mendedahkan namanya telah memberi komen ini berkenaan dengan entry Crocs dan kalimah Allah yang aku post semalam. Aku tidaklah mengharapkan ucapan terima kasih atau apapun kerana berkongsi maklumat yg aku dapat dari internet, walaupun..

...telah terbukti bahawa user ini sememangnya berniat untuk mencari maklumat tentang perkara ini berdasarkan keyword carian yang beliau gunakan di google. Justeru, aku mula syak.. kemungkinan besar user ini adalah individu yg terlibat dgn pengedaran kasut keluaran Crocs, pekerja mana2 outlet yang mahu melindungi kepentingannya, mahupun pengguna produk ini yg terasa hati dgn entry tulisan aku. Mungkinkah dia sebenarnya sengaja berniat utk mencari semua blog yg menulis ttg perkara ini, supaya boleh membidas tujuan pemilik blog2 tersebut (termasuk aku) tanpa mendedahkan namanya? Owh.. trick lama yg sungguh tidak bermaruah sekali. Malulah kpd blogger intermediate sepertiku, yg sudah masak dgn kelakuan2 tidak bertanggungjawab seperti ini.

Ingin ditegaskan sekali lagi ye.. sebarang tulisan aku kat sini, sekiranya tidak menyebut sebarang nama atau individu secara spesifik.. harap jgnlah ada yg tiba2 terasa tidak tentu hala. Berkongsi maklumat, tidak salah kan? Tapi seperti yg dikatakan oleh individu ini, dia sudah TERKELIRU dengan apa yg aku tuliskan. Ada tak users lain yang keliru? Bahasa aku mengelirukan ke? Cuba angkat tangan skrg.. nak tengok gak brp ramai yg kurang daya pemahaman bahasa tuh. Aku boleh bagi kelas tuisyen bahasa melayu kalau perlu yer kat korang.

Dgn tak semena2, aku dituduh menyebarkan kekeliruan, dan dituduh tidak mahu mendapat pahala sbb tak melaporkan perkara ni kpd pihak lebih tinggi. Kebodohan apakah dalam kenyataan tersebut, wahai saudara seagamaku? Peringatan tidak memerlukan kita utk membuat prosedur2 tertentu untuk dikongsikan.. bila2 masa, kalau perlu.. ia boleh dilakukan. Kepada saudara anonymous pemberi komen ini, ma'sum kah anda sehingga bukan lagi menjadi tanggungjawab anda juga, andaikata anda merasa bertanggungjawab, untuk melaporkan perkara ini kpd pihak yg disebutkan sekiranya anda rasakan ia perlu? Sekiranya pahala itu boleh dimiliki saya, maka anda juga boleh mendapatkannya. Bukankah anda juga seorang Islam?

Tapi, tak usah hairanlah. Tradisi melayu yang pekat adalah dipenuhi iri dan hasad dengki di dalam hatinya. Kebaikan orang lain perlu diletakkan di bawah sekali dlm apa jua keadaan pun, supaya diri Melayu itu dipandang lebih cerdik dan tinggi martabatnya berbanding Melayu2 seIslam yang lain. Na'uzubillahminzalik.


Comments seterusnya...

Crocs dan kalimah Allah..

oleh sorensen pada 24 Mei 2010 dalam ,

Pdot, Pzot dan Alin.. anda di tag di dalam post ini yer..

Ok.. beristighfar sekarang...

Aku tengok gmbr ni dah di post dan circulate di facebook dgn agak pesat hari ni. So rasanya menjadi tanggungjawablah utk memberi peringatan kpd diri sendiri dan kawan2 ttg isu logo kasut crocs nih. Aku bukan berniat nak perli sape2 yg guna kasut ni tau, sbb aku sendiri pun pernah berniat nak bli.. cuma sbb takde duit je..

Tapi bila dh tengok mende ni.. rsnya tak jadi la kot. So, kwn2 aku kat luar tu yg memiliki crocs ni.. pertimbangkanlah sewajarnya sebelum memakainya selepas nih. Mungkin benda tu cuma secara kebetulan saja.. benar. Tapi kalau bab2 benda yg diragui ni, rsnya lebih afdal kalo kte jauhkan saja.. ok..

Haih.. cuma mampu berdoa semoga crocs menukar logonya pd masa akan dtg. Syg, sbb kasut2 crocs mmg berkualiti tinggi.. so takleh salahkan knp ramai yg guna gakla. Sama ada disengajakan ataupun tidak, wallahualam.. taknak buat sebarang spekulasi kat sini.. ok!



7 komen seterusnya...

Reunion?

oleh sorensen pada dalam

Bila disebut perkataan reunion, apakah yg akan terlintas di fikiran korang? Duduk berkumpul bersama rakan2 yg pernah dikenali semasa zaman persekolahan atau di kolej/universiti, sambil berbual tentang kenangan2 lucu ataupun sedih yg pernah berlaku dulu2, betul tak? Then, masa tu la kita akan tengok perubahan pd wajah, bentuk badan dan tingkah laku kwn2 yg pernah kita kenal, yang mungkin dah tak sama mcm dulu2 lagi. Itulah ertikata reunion yang sebenar. Sepatutnya, event ini adalah something yg kita semua tunggu2 untuk merapatkan kembali hubungan antara kwn2 setelah sekian lama membawa haluan masing2.

Tapi apakah perasaan korang, apabila tiba2 suatu hari.. ada seseorang yang korang sendiri pun dah hampir2 tak ingat langsung namanya, mukanya dan di mana korang pnh nmpk dia.. tiba2 msg korang dan tanya korang ingat lagi tak dia sape? Lepas tu plak, bila korang kata korang tak ingat.. dia pun ingatkan bahawa dia pernah bersekolah di sekolah korang sezaman dgn korang dlu, tp tak pernah bercakap langsung dgn korang dan tak pernah duduk SEKELAS. Dan yang paling mengejutkan, dia dengan konfidennya mengajak korang menjadi PENGANJUR majlis reunion yg korang sendiri pun tak tau akan diadakan di kalangan siapa, dan memberitahu korang utk datang ke meeting reunion tu dlm masa SEMINGGU dari sekarang?

Korang sakit hati tak?

Itulah yg baru berlaku pd aku. Malas nak mention nama budak tu kat sini, sbb aku sendiri pun mmg tak kenal langsung dgn dia dlu. Aku pun tak sangka bhw aku yg tak reti grooming langsung masa skolah dlu (in fact, smp sekarang pun!) sangat dikenali di kalangan budak2 satu skolah! Nak2 bila dah ajak reunion tu, kiranya bermakna sgt la aku ni dlm hidup org yg berkenaan tu kan?

Tapi, selain dpd tahap relationship yg hampir xde langsung dgn org yang aku dh sebutkan tu.. ada lagi satu benda yg paling paling paling aku tak berkenan dgn budak ni. ATTITUDE.

Aku boleh nampak matlamat yang dia nak capai sebenarnya. Kemungkinan, dia sebenarnya nak held majlis reunion tu among budak2 classmate dia ataupun secara general org yg dia pernah kenal. Tapi disebabkan skrg ni dia takde kat hometown aku ni, jadi dia pun nak cari la org lain yang boleh di 'remote' utk handle majlis tu nanti. Bila dia ternampak nama aku kat facebook dan dia rasa2 dia pernah kenal aku.. ting! Dia pun rasa akulah org yang dia kenal yg paling berkaliber di muka bumi ni utk handle perancangan2 dia tuh!

Amboi3.. ingat aku nih pecacai ker?

Bayangkan kalau aku yang kena galas tanggungjawab utk handle majlis reunion org lain, korang rasa aku buang masa tak? Dan korang bayangkan mcm mana muka aku kat majlis reunion tu nanti, dikelilingi oleh kwn2 budak tu yg tak pernah langsung kenal aku.. then aku pun duduk la di satu sudut kat tempat tu sambil memerhatikan betapa meriah dan jayanya majlis yg aku handle tapi BUKAN utk aku dan kawan2 aku sendiri.. setelah beberapa bulan bertungkus lumus membuat perancangannya. Ley?

Tolonglah. Trick2 mengambing hitamkan org lain utk kepentingan diri ni mmg aku dah masak sgt. Dan aku mmg benci org2 yg ada attitude mcm ni. Mungkin lepas ni aku akan lebih berhati2 utk approve sesape jer yang add aku kat facebook. Kerana, kebarangkalian utk seseorang itu mengekalkan attitude hanjingnya semasa zaman remaja dulu hingga hari ini tetap ada.. tak kiralah berapa lama masa sudah berlalu dan berapa ramai anak yang sudah dimilikinya sekarang.


2 komen seterusnya...

AF dan memorinya...

oleh sorensen pada 18 Mei 2010 dalam ,

Menonton AF mungkin bukan menjadi trend lagi skrg ni. Buktinya? Aku pun tak tau kalau hujung minggu ni merupakan konsert final AF tahun ni (season berapa? 8 ke?). Kalau tak kerana member yg bgtau tadi aku mmg xkan ingat apa2 pun psl AF. Apa sebabnya? Mungkin sbb semakin lama, penonton dah makin bosan kot. Semua kejutan2 yg dibuat, daripada artis jemputan sehinggalah penyerapan masuk pelajar sudah dilakukan. Mungkin dah sampai masanya AF ditamatkan setakat musim ini?

Walau apapun, perkara yg aku nak ceritakan bukanlah psl AF tu sendiri. Tapi segala kenangan berkenaan AF dan aku serta kwn2. Banyak benar kenangan2 lucu.. itula yg aku dan omar duk imbas2 balik tadi..

AF paling meletop masa zaman ktorg kat unimas dulu.. terutamanya utk musim kedua (2004) dan musim ketiga (2005). Masa tu, punya la gila smp sanggup pergi mkn kat luar kampus setiap mlm ahad sbb nak tgk konsert AF. Tahla.. mmg semangat ms tu sgt kental, bukan ktorg je.. ramai lg student2 lain yg berbondong2 pergi ke warung 2000.. kedai makan paling popular di taman perumahan desa ilmu, kota samarahan.. dekat je dgn unimas blh jalan kaki.. utk tujuan yg sama. Pukul 7 mlm dah standby booking meja. Mcm2 la kerenah student dan org2 lain yg makan.. ada yg buat bising la, duk sibuk mengundi la.. tak terkecuali kwn2 aku.

Itu cerita ms ktorg stay kat kampus timur, xpe lg. At least dekat je dgn kwsn2 kedai di kota samarahan tu. Tapi bila masuk 2nd year tahun 2005, ktorg berpindah ke kampus barat, kampus unimas yg baru.. jarak beberapa kilometer dr tempat yg biasa ktorg pegi tu. Kalau tmpt tu meriah xpe.. ini mmg still dikelilingi hutan bakau di sekitarnya. So, mcm mana ktorg survive utk tengok AF?

Haha.. itu la yg menarik..

Pernah sekali, ktorg gigih nak tengok jugak konsert AF ni. Zaman2 mawi tgh meletop katakan. Kalau tak silap, konsert mlm tu ekin yg tersingkir rsnya. Ada brp org yg pegi skali, tapi lepas abis tengok konsert tu kat warung 2000, aku dgn omar stay kat rumah micheal.. kebetulan kat rumah kedai area desa ilmu tu jugak. Keesokan paginya, ktorg pun nak balik.. tah kenapa malang sgt nasib kami pagi tu. Van takde, pastu pak guard kat kampus timur tu plak tak sudi nak htr ktorg (huh, kalau budak pompuan dorg on je tu). Sudahnya, aku dgn omar terpaksa la menapak.. aku tak sure la, tapi dlm dekat sejam jugak kot baru smp kat kolej ktorg tu. Huhu.. dan bila tiba final concert plak, naik van lagi. Tapi final konsert tak tgk kat warung 2000, pegi noni chicken rice plak.. yg tu kat area desa ilmu fasa II. Aku ingat lagi omar, ko pukul2 paha aku sbb tak puas hati mawi menang.. ko kan minat amylea masa tu.. huhu.. Tapi masa nak balik tu la paling klakar, sbb kne bersesak2 naik van dgn brp org budak pompuan tu.. smp bila aku balik kolej, secret admirer aku msg tanya bdk2 tu sape.. Ha, yg tu korg tak tau yer.. hahah..

Tapi tu semua kenangan. Kdg2, aku rindu semua tu.. sbb zaman2 aku study kat upm dulu takde kot yg mcm tu. Bagi aku, byk kenangan pahit manis psl AF berlaku sejak kita tinggal kat kolej alamanda. Dan of course, termasuk perkara2 lain yg rasanya tak dpt aku ceritakan kat sini :)


6 komen seterusnya...

Surat terbuka buat LAPTOPKU...

oleh sorensen pada 17 Mei 2010 dalam ,

Laptop syg...

Hari2 aku mengadap muka kau sejak hampir 6 tahun yang lepas. Kau dah tua, aku faham. Dan selama hampir 6 tahun itu jugak la aku duk menjinjit beban berat kau ke sana ke mari. Walaupun aku tau kau laptop lama yg tak compatible dgn Windows 7 tapi aku tetap sygkan kau. Kenapa? Sbb kau adalah pemberian bapakku, dan harga kau pd hampir 6 tahun yang lepas adelah sgt2 mahal. Well, you were.. back-then.

Laptop syg...

Lantaran itu aku faham knape kau duk meragam tak henti2 dpd pertengahan tahun lepas. Aper kau hengat aku dh lupa? Mula2 kau meragam lembab nak mampos. Aku faham. Aku tukar RAM kau dgn yg baru. Tak brp bulan lepas tu plak, CPU fan kau plak meragam. Aku tukarkan jugak, wpun dgn yg 2nd hand. Maafla sesangat, bkn saje2.. sbb kau pun dah tua.. dan spare part kau mmg separuh mati aku cari kat mana2 sgt2 payah utk ditemui. Lps tu kau ok.. thx, sbb tak meragam masa aku tgh buat final year project.

Tapi skrg, kau meragam lagi. Kenapa laptop syg, mlm tadi ko tetibe hang lps tu tak dpt boot balik? Betul ke nurul kata hard disk kau rosak? Kalau betul, aku sanggup carikan spare part hard disk IDE yg sgt rare pd zaman skrg itew asalkan kau sembuh kembali.

Laptop syg...

Aku merayu pd kau. Jgn la ko tinggalkan aku di saat aku melalui zaman gelap mcm skrg ni. Fahamilah, aku baru habis study. Dan skrg ni aku tgh menanam anggur dan tak tau lagi bila testimonial aku dorg nak kirim. Aku sangkak skrg, laptop syg. Ko mesti lagi faham aku berbanding yusry dgn erra kan? Yer.. kte berdua sama2 pernah melalui zaman dorg kawin smp la bercerai.. aku faham brp banyak hasil keje aku yg dh mendapat pujian/carutan yg aku buat hasil dpd kerjasama kau. Dan faham kau dah tua, mmg aku tau kalau dah tiba masanya utk kau menamatkan perkhidmatan @ hari2 bahagia kte bersama.

Cuma fahamilah, laptop syg...

Berikan aku sikit masa utk mencari employer. Demi sesuap nasik, seguni gadget baru dan LCD TV. Kerana jatuh bangunku, laptopku.. adalah bergantung kepadamu.

Bangunlah kembali.. supaye aku dpt meneruskan kehidupanku.


8 komen seterusnya...