Palazzo Versace Hotel Dubai

oleh sorensen pada 18 Disember 2008 dalam ,

Pantai berhawa dingin akan dibina di sebuah hotel mewah di Dubai sekali gus dianggap sebagai yang pertama di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Pembinaan pantai itu membolehkan golongan kaya yang bercuti di Dubai tidak berasa panas ketika berjalan atau berjemur dalam cuaca panas.

Dubai yang terletak di Emiriah Arab Bersatu (UAE) memang terkenal dengan cuaca panas dan ledakan bangunan unik seperti hotel tertinggi di dunia.

Pantai berhawa dingin itu bakal terletak berhampiran Hotel Palazzo Versace yang baru dan dilengkapi dengan satu sistem penyedut haba.

Bagi membolehkan pengunjung-pengunjung pantai itu tidak diganggu dengan cuaca panas, paip-paip penyedut haba dibina di bawah pasir.

Beberapa peniup angin gergasi akan turut dibina dan direka bagi memastikan pengunjung-pengunjung pantai itu merasa suasana tidak terlalu panas.

Hotel Palazzo Versace itu bakal dibuka kepada orang ramai pada tahun depan atau awal 2010.

Suhu di pantai itu dikawal oleh termostat yang dihubungkan dengan komputer sekali gus menyejukkan suasana di kolam renang.

Bagaimanapun, rancangan itu mendapat kritikan daripada aktivis-aktivis alam sekitar kerana dibimbangi mampu mencetuskan kesan terhadap perubahan iklim dunia.

Seorang anggota kumpulan itu, Rachel Noble dari Tourism Concern berkata: "Dubai adalah umpama satu buih dunia di mana perkara berhubung perubahan iklim diabaikan menyebabkan orang ramai meneruskan gaya hidup yang memusnahkan alam."

Projek-projek mewah akan meningkatkan daya tarikan Dubai di kalangan selebriti dan golongan kaya di dunia.

Pembinaan projek--projek seumpama itu turut meningkatkan persaingan pelancongan di wilayah tersebut yang turut menempatkan hotel bertaraf tujuh bintang pertama dunia, Burj Al-Arab.

Bandar raya Dubai itu dijangka meningkatkan pengeluaran karbon di angkasa. Setiap individu yang tinggal di Dubai mengeluarkan karbon lebih 44 tan setahun.

Walaupun terdapat kebimbangan berhubung isu alam sekitar, pihak pengurusan Hotel Palazzo Versace memberi jaminan pantai itu mesra alam.

Presiden Hotel Palazzo Versace, Soheil Abedian berkata: "Kami akan menyedut haba panas keluar dari pasir bagi memastikan ia mempunyai suhu dingin yang secukupnya.

"Ini merupakan satu bentuk projek mewah yang orang ramai mahukan."

Satu sumber berkata: "Golongan terlalu kaya mahu kemewahan tulen. Mereka tidak mahu berjalan di pasir yang panas."

Sebuah firma British, Hyder Consulting akan memantau projek itu.

Pembinaan hotel setinggi 10 tingkat itu diharapkan akan dapat menarik kira-kira 800,000 pelancong Britain melawat Dubai pada setiap tahun.

Setakat ini, terdapat sebuah Hotel Palazzo Versace yang beroperasi di pantai Gold Coast, Australia yang berjaya menarik kehadiran golongan kaya dan terkenal.

Dipetik daripada Kosmo! Online


5 komen seterusnya...

'Ciuman' buat BUSH

oleh sorensen pada 16 Disember 2008 dalam



BAGHDAD - Seorang wartawan televisyen di Iraq, Muntadar al-Zeidi ditahan selepas dia melemparkan dua kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush dalam satu sidang akhbar di Baghdad kelmarin.

"Ini merupakan satu ciuman ucap selamat tinggal untuk anda, anjing," jerit wartawan itu ketika dia melemparkan salah satu kasut ke arah Bush.

Bush yang sedang mendengar jeritan itu mengelak dan tunduk di podium menyebabkan kasut tersebut terkena dinding di belakangnya.

Ketika Bush yang terkejut dengan insiden tersebut mula kembali tenang, wartawan itu melemparkan satu lagi kasut bersaiz 10 dan menjerit: "Ini adalah daripada balu-balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq."


BUSH mula sedia untuk tunduk ketika kasut dilemparkan ke arahnya.

Bush sekali lagi mengelak menyebabkan kasut itu hampir mengenai bahagian kanan kepalanya ketika Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki cuba melindungi Presiden AS dengan tangan kanannya.

Kasut itu turut mengenai dinding di belakang kedua-dua pemimpin.


Anggota-anggota perkhidmatan rahsia dan ejen keselamatan Iraq mengerumuni wartawan itu yang bertugas untuk stesen televisyen Al-Baghdadia beribu pejabat di Kaherah, Mesir.


Mereka bergelut dengan wartawan itu dan mengheretnya keluar dari bilik sidang akhbar ketika dia mengerang serta menjerit.

Tompokan darah wartawan itu terdapat di karpet di bilik sidang akhbar.

BUSH tunduk di sisi Nouri (kanan) bagi mengelak kasut dilemparkan ke arahnya di Baghdad kelmarin.

Melemparkan kasut ke arah seseorang merupakan satu budaya Arab bagi menunjukkan penghinaan.

Ketika patung bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ditumbangkan di Baghdad pada April 2003, sekumpulan orang memukul muka patung itu dengan kasut.

Tindakan wartawan itu mendapat pujian daripada sebuah akhbar di Timur Tengah ma
nakala ribuan penduduk Iraq berhimpun di jalan raya menuntut pembebasannya.

"Melempar kasut ke arah Bush merupakan ciuman perpisahan terbaik. Ia menyuarakan bagaimana penduduk Arab membenci Bush," kata editor akhbar Al-Gahd Arabic di Jordan, Musa Barhoumeh.

Tindakan wartawan itu juga dianggap sebagai hero oleh akhbar-akhbar Arab.

Wartawan itu ditahan untuk disoal oleh pihak berkuasa Iraq bagi mengetahui sama ada terdapat mana-mana pihak yang mengupahnya untuk melemparkan kasut.


Menurut seorang pegawai Iraq, dia turut menjalani ujian dadah dan alkohol manakala kasut yang dilemparkan itu disimpan sebagai bahan bukti.

ANGGOTA-ANGGOTA keselamatan mengerumuni Muntadar selepas dia melempar kasut.

Wartawan tersebut turut mengaku bahawa dia sudah merancang untuk melemparkan kasut itu beberapa bulan lalu.

Sejurus selepas insiden itu, Bush memberikan reaksi: "Jangan bimbang mengenai insiden itu."

Sebahagian wartawan dalam bilik itu riuh rendah di mana Bush diberi penerangan bahawa mereka meminta maaf berhubung isu lempar kasut.

"Jika anda mahukan fakta, (kasut) itu bersaiz 10," gurau Bush.

Insiden lempar kasut itu turut menjadi perbualan di kalangan wartawan di Kabul di mana Bush mengadakan lawatan ke Afghanistan semalam. - Agensi

Dipetik daripada Kosmo! Online


6 komen seterusnya...

Kembara di malam hari!

oleh sorensen pada 13 Disember 2008 dalam

Nak ke mana pulak malam2 buta nih!?

Haih.. sorila siaran tertunda pulak! Ha.. korang teka la aku nak pegi mana malam2 buta tu? Petang khamis lepas, balik dpd jogging bapak aku bgtau ajak ke kuching. Aku buat muka selamba je, sbb masa tu dah dekat pukul 6 petang dan aku assume dia ajak pegi keesokan harinya. Rupanya dia ajak pegi MALAM TU JUGAK! Terus aku tergelak. Mana taknya, tak pernah dibuat pun sebelum ni ktorang meredah highway sepanjang 320km ke kuching tu malam2 buta. Tapi aku tak kisah ler, dalam hidup aku mana ada istilah penat. So, aku pun ikut la sekali.

Sebenarnya, aku dgn bapak aku temankan member dia.. ada urusan kejap pagi jumaat tu di Hospital Umum Sarawak. Tapi pegi pun tak lama la sbb tengah hari jumaat tu ktorang dah balik semula, sbb dia ada keje. Tu yg pegi ala2 bidan terjun petang tu, bertolak pukul 7 malam. Tapi best gakla, ni la 1st time pengalaman aku melalui jalan highway yg dikelilingi hutan rimba di tengah malam buta. Sepanjang perjalanan tu ktorang berhenti dalam tiga kali je rasanya. Takde masalah sangat, kereta banyak lagi yg lalu lalang malam tu dan hujan pun sekejap2 je, tak lebat pun. Kepala aku rasa pening2 sikit, bkn apa sbb aku rabun malam. Bila pakai spec dlm kete yg bergerak tu membuatkan aku rasa terhuyung-hayang.

Sampai kat kuching dalam pukul 1.30 pagi. Ktorang pegi ke jalan satok tengok2 kalau ada tempat makan yg buka lagi. Stall dekat benteng satok dah banyak yg tutup. Nasib baik kfc kat situ 24 jam, so ktorang makan kat situ jela. Lepas habis makan tu, terus balik ke rumah ktorang kat matang.. sampai dekat pukul 2.30. Mengantuk giler.

So, pagi semalam aku dgn bapak aku pun temankan member dia ke HUS. Malangnya, appointment dgn doktor terpaksa dibatalkan sbb doktor tu ada urusan lain. Tu yg aku pelik, mcm mana mende tu bleh jadi? Padahal dah buat appointment, lagi boleh batal.. dahla dtg dpd jauh. Pastu ktorang tak gi mana2 pun, lepas lunch di SCR satok, terus bertolak pulang. Oleh sbb dah tengah hari, ktorang singgah di masjid kem tentera jalan penrissen utk solat jumaat. Sampai rumah lebih kurang pukul 5.45 petang.

Tapi ada something yg mencuit hati aku ms ktorang berhenti dkt pekan kecil sg. tenggang dlm perjalanan pulang tu. Anak sape la punya stall burger kat bawah ni?

Agak2 boleh book tiket tak kat sini? Hikss!


Comments seterusnya...

HDTV kalis air keluaran Aquavision

oleh sorensen pada 09 Disember 2008 dalam

Kepada sesiapa yang merasakan membaca novel ketika di dalam tub mandi sudah ketinggalan zaman, anda mungkin ingin menggantikannya dengan sebuah TV. Impian anda mungkin menjadi kenyataan apabila Aquavision bakal melancarkan televisyen HD penuh kalis air pada pameran ISE Amsterdam 2009 nanti. Televisyen dinding S4 HD 40 inci kalis air ini adalah TV HD sebenar, yang mana bakal memiliki LCD panel definisi tinggi (1920 x 1080), tuner digital berintegrasi Freeview, komponen video, input S-Video/PC analog, input HDMI berkembar, full scart connection dan permainan binaan dalam. Ia juga terdapat dalam versi Mirrorvision finish, yang mana ia boleh digunakan sebagai cermin biasa apabila TV tersebut dipadamkan.

Di samping mengejar misi untuk menjadi pelopor televisyen kalis air ini, Aquavision turut bercadang melancarkan televisyen untuk dapur dan televisyen vanity mirror pada pameran tersebut nanti, yang mana ia dikatakan bakal mempunyai ciri seperti skrin anti-kabus walaupun diletakkan di dalam bilik mandi dan sauna yang berhawa panas. Harga bagi produk S4 HDTV juga akan diumumkan ketika pamera itu berlangsung, di antara 3 hingga 5 Februari 2009.

Dipetik dan diubahsuai daripada Gizmag.com



4 komen seterusnya...

Pesta Nenas Sarikei 2008

oleh sorensen pada 04 Disember 2008 dalam

Masa tgh lunch tengah hari tadi, dengan tak semena2 bapak aku ajak ke sarikei. Ingatkan dia main2 je, maklumla ms tu dah agak lewat dan dia pulak mmg jenis yg suka bergurau. Tapi bila mak aku tanya balik dia kata dia nak pegi betul, nak ajak aku dgn mak tengok Pesta Nenas yg tengah diadakan kat sarikei ms ni. Pd sesapa yg ingat lagi, aku pernah buat posting tentang Pesta Benak Sri Aman tahun lepas (klik kat sini). Pesta Nenas Sarikei ni lebih kurang la konsepnya dgn Pesta Benak tu dulu. Ia dikenali sbg pesta nenas kerana buah nenas adlh mercu tanda bandar sarikei, yg mana bandar ini dikenali dgn buah nenasnya yg berkualiti tinggi. Cuma mungkin itu dulu, skrg ni aku tengok nenas sarikei dah takde bezanya pun dgn tempat2 lain, even ms kat pesta tu td pun aku tengok tak banyak sgt nenas yg dijual.

Pesta Nenas adalah agenda tahunan yg melibatkan acara pertandingan lumba perahu dan juga pameran pelbagai jenis barangan. Sbnrnya acara ni baru je diadakan kat tempat aku awal bulan november lepas (dikenali sbg Regatta Saratok) tapi disebabkan aku tak balik lagi dpd kampus ms tu, so takde kesempatan la aku nak tengok. Bezanya tahun ni, ktorang pegi bukan sbb nak tengok lumba perahu. Tapi sbb bapak aku nak tengok pameran produk2 pertanian yg ada. Katanya dia nak cari anak pokok buah pakan. Korang tau tak buah pakan tu camne? Ha, buah pakan ni sejenis spesis durian gak. Rupa dgn baunya mmg hampir sebijik dgn durian, cuma saiznya agak kecil sedikit dan isinya berwarna oren terang. Bukan takde pokok durian dijual, cuma kata bapak aku pokok pakan ni lebih subur ditanam kat kebun ktorang berbanding durian. Tak tau la sbbnya, masalah kesesuaian tanah kot.

Ni la antara pic yg aku sempat rakam tadi..


Antara gerai yang dibuka

Gerai kraftangan

Ikan pun ada dijual tau..

Ha.. jumpa pun pokok buah pakan!

Ktorang kat sarikei tak lama. Lepas habis meronda, singgah minum jap terus balik. Menarik gak Pesta Nenas ni kalau dibandingkan dgn Pesta Benak dulu. Aku nampak lagi banyak stall yg dibuka dan produk2 yg dijual juga lebih pelbagai. Selain kuih muih, ramai yg jual produk2 kesihatan dan kecantikan. Ada gak yg jual kereta, tapi tak sempat plak aku nak snap tadi. Cuma mungkin sbb ktorang pegi tadi agak lewat, so tak berapa ramai sgt org yg tinggal. Tapi itu tak bermakna senang nak cari tempat parking kereta ye.. tetap penuh jugak!


1 komen seterusnya...