Al-kisah Palm Jumeirah

oleh sorensen pada 28 Jun 2008 dalam , ,

Palm Jumeirah, Dubai

Cerita tentang Dubai memang tiada kesudahannya. Sebelum ni aku pernah buat entry tentang menara pencakar langit di sana, kali ni aku nak citer plak proses pembangunan Palm Jumeirah, antara pulau ciptaan manusia yg terbesar di dunia yang terbina hasil daripada penambakan laut di Dubai.

Trump International Hotel & Tower

Kontrak pembinaan Trump International Hotel & Tower di Palm Jumeirah bernilai AED 2.9 bilion (MYR 2.6 bilion) telah diumumkan awal bulan lalu. Menara setinggi 270 meter (62 tingkat) berkenaan merupakan dua menara yang bersambung pada tingkat ke-40, merangkumi 378 suite dan bilik hotel, 385 kondominium, 12 townhouses, 45,000 kaki persegi tapak perniagaan dan 60,000 kaki persegi tapak pejabat yang dilengkapi "pantai peribadi" dan super-marina. Jualan umumnya telah bermula pada 23 Jun lalu, yang mana Donald J. Trump (anak lelaki Donald Trump) sendiri telah menempah sebuah apartmen di dalam menara yang dijangka akan siap pada bulan Mei 2011.

Lobi Trump International Hotel & Tower

Senireka dalaman kediaman yang mewah

Dibina atas kerjasama syarikat pembinaan Al Habtoor/Murray & Roberts, menara keluli dan kaca itu akan menjadi mercu kepada Palm Jumeirah. Terletak di tengah-tengah pulau berkenaan, ia menawarkan pemandangan Teluk Arab dalam suasana yang sangat mewah. 399 buah apartmen di dalam bangunan berkenaan berkeluasan dalam lingkungan 890 hingga 7,500 kaki persegi, dengan pilihan antara satu hingga empat bilik dengan dilengkapi bilik mandi, dapur dan peralatan rumah terkini daripada tiga syarikat yang berbeza.

Dipetik dan diubahsuai daripada Gizmag.com


2 komen seterusnya...

Kisah aku dan ELKEN...

oleh sorensen pada 17 Jun 2008 dalam

ELKEN? Ya, aku merujuk kepada sebuah syarikat bernama ELKEN, yg menjalankan Multilevel Marketing. Ingin aku emphasize kat sini bahawa aku bkn nak mempromosi ye.. jgn salah fhm. Kisah yg aku nak ceritakan ni bukanlah bertujuan nak aibkan sesiapa, tapi utk renungan kita semua, supaya jangan mementingkan diri sendiri sehingga memusnahkan kepercayaan org lain terhadap kita. Kenapa? Teruskan membaca... chewah!
Elken Bio Pure

Cerita ni bermula masa abg aku baru bercadang nak membeli alat bernama Elken Bio Pure, iaitu pemproses air secara Reverse Osmosis (RO) pd bulan november tahun lepas. Pd sesiapa yg xtau, Reverse Osmosis ni bermaksud air yg masuk ke dalam alat tu, akan dibersihkan dan disingkirkan segala mineralnya supaya pHnya menjadi 0.0, iaitu tahap yg paling selamat utk diminum. Harga benda ni mmg mahal nak mampus, iaitu lebih RM3000. Selain dpd harga, mgkn xde masalah rasanya kalau nak beli pun kan? Tapi apa pulak yg menjadi isunya sekarang ni? Alkisahnya, abg aku sendiri merupakan salah seorg member ELKEN ni tadi. Masa dia tgh berunding ni, dia pun borak2 la dgn sorg member ni yg bernama Juke (bukan nama sebenar). Juke ni dikatakan sbg org yg berjaya memujuk abg aku utk membeli alat RO ni tadi, walaupun hakikatnya abg aku sendiri dah tau kerana dah membaca kebaikan alat tu dpd internet utk sekian lama, dan sememangnya dah bercadang utk membelinya sejak awal lagi. Dalam hierarki keahlian ELKEN ni, Juke terletak sbg downline seorg lelaki yg bernama Arlie (bukan nama sebenar) yg pd masa yg sama merupakan salah seorg dpd ejen pengedar dan pemasangan alat pemproses RO ni di tempat aku.

Jadi bila abg aku dah decide nak beli alat ni tadi, dia pun contact la Arlie utk menguruskan pemasangan. Bila Arlie dtg ke rumah bawa alat tu, dia pun pasang la sambil2 tu dia saje borak dgn aku. Dia tanya la umur, tgh buat apa dan sbgnya. So, masa abg aku nak buat pembayaran, Arlie ni tadi pun bgtau la kat abg aku bhw lebih baik sekiranya alat tu dibeli atas nama aku. Masa tu aku belum jd ahli ELKEN lagi. Jadi mengenangkan sekiranya aku menjadi ahli dan boleh diletakkan sbg downline abg aku, maka aku pun dgn sukarelanya menjadi ahli ELKEN. Oklah, lepas tu alat RO tadi pun dibeli di bawah nama aku dan secara automatik mata pembeliannya dikreditkan ke akaun aku.

Tapi malang sekali tanpa disedari, sebenarnya kami telah menjadi mangsa ketidakjujuran Arlie. Keahlian aku sbnrnya tidak diletakkan di bwh abg aku, sebaliknya dia meletakkan aku di bawah Juke! Maka secara automatik, faedah pembelian alat tadi tiada kaitan langsung dgn abg aku (Arlie mendapat faedahnya kerana Juke terletak dibawah dia). Kesal dgn perbuatannya, tapi ktorg tak dpt buat apa2 sbb perkara tu dah berlaku.

Tapi tu la, what goes around comes around. Beberapa bulan kemudian...

Semlm aku dgn parents aku nak beli product ELKEN di cwgn yg tak brp jauh dr tempat aku. Dkt situ kitorg terserempak la dgn seorg cikgu ni, ahli ELKEN jugak yg aku tak kenali namanya. Sementara aku dgn bapak aku tengah berurusan dekat kaunter, cikgu tu borak2 la dgn mak aku, tanya dr mana, nak beli apa dan last2 dia tanya la sape nama aku. Bila mak aku bgtau je, cikgu tu terus bgtau yg dia tau aku downline sape dan dia kenal dgn abg aku! Dia secara terus terang bgtau yg dia pun kesal dgn apa yg dilakukan oleh Arlie tu td sbb aku ni family member abg aku, so seharusnya aku diletak di bwh dia la kan. Di sebalik peristiwa tu tadi, baru ktorg tau rupanya hal tu dah menjadi buah mulut di kalangan ahli2 ELKEN yg lain di tempat aku ni. Aku tergamam sekejap bila tau hal tu, lepas tu baru aku rasa lega sbb segala kekesalan yg tersimpan dlm hati ktorg dah terlerai.

So, apa iktibar yg boleh kita dapati dpd peristiwa ni. Senang je sebenarnya. Nak buat apa2 kne jujur. Bangkai gajah kalau ditutup dgn daun mmg la keluar baunya. Letak dlm peti sejuk baru la bangkai tu tak busuk. Gurau je. Aku harap Arlie pun akan insaf atas apa yg dilakukannya, walaupun aku cukup pasti nama baiknya yg dah tercalar tu sedikit sebanyak akan mengganggu prestasi perniagaan ELKENnya pd masa akan datang.

Alahai MLM... mcm2 boleh jadi...


1 komen seterusnya...

Sony Ericsson Z770i

oleh sorensen pada 14 Jun 2008 dalam

Sony Ericsson Z770i (Graphite Black edition)

Pergh.. lawa siot henfon ni. Memperkenalkan Sony Ericsson Z770i yg telah mula dipasarkan semenjak Q2 2008. Aku sebenarnya bukanlah peminat henfon clamshell @ flip. Tapi bila aku tengok henfon ni, aku teringat design henfon2 keluaran khas utk service provider NTT DoCoMo di Jepun pd tahun lepas. Rekabentuk yg simple dan material luaran henfon ni mmg taste aku sgt2 la.

Secara umumnya Z770i ni menyokong komunikasi jenis UMTS/HSDPA 2100 dan GSM/EDGE 900/1800/1900. Dengan waktu berbual selama 8.5 jam dan sambungan internet kelajuan tinggi, henfon HSDPA ni sgt sesuai digunakan utk tujuan urusan kerja atau sekadar berhubung dgn keluarga. Aplikasi Exchange ActiveSync membolehkan emel dihantar terus ke henfon.

Dalam pada Graphite Black edition sedang dipasarkan, dgr kata pengedar henfon di Hong Kong telah mula menjual versi warna baru, iaitu Exquisite Gold edition. Huhu, yg ni lagi lawa!!!

Sony Ericsson Z770i (Exquisite Gold edition)

Sumber: Mobile88.com & Slashphone.com



2 komen seterusnya...

Harga minyak naik lagii!!

oleh sorensen pada 05 Jun 2008 dalam

Inilah perkara yang berlaku, sehari selepas sambutan birthday aku yg ke-24. Thank you kerajaan Malaysia, inilah hadiah harijadi dlm hidupku yg paling bermakna! Terfikir jugak, apa agaknya surprise utk aku sempena harijadi ke-48, suatu hari nanti ye? Atau adakah aku akan mendapat surprise tu pada masa yg lebih awal, iaitu pada bulan OGOS nanti?

Berkerumun membeli minyak pd harga subsidi penuh utk kali terakhir
(Petronas Presint 16, Putrajaya. Lewat petang semalam)

Harga petrol dan diesel telah diumumkan naik mulai hari ini, iaitu kenaikan sebanyak RM0.78 utk petrol dan RM1.00 utk diesel. Boleh masuk dalam Malaysia Book Of Record ni, kenaikan harga bahan api paling tinggi dalam sejarah negara. Takpela kan, kalau benar harga minyak pasaran dunia dah naik, maka naikkanlah harganya ok. Tapi INGAT, gaji tu jangan buat2 senyap pulak. Jangan nak bagi alasan lepas ni takde peruntukan utk kenaikan gaji dan bonus, sbb tak semua rakyat Malaysia ni kaya-raya ye. Jangan nanti yg kakitangan kerajaan pun dah tak ada beza dgn peminta sedekah kat tepi jalan tu. Sekiranya itu berlaku, hehe.. faham2 la sape yg kena turun takhta ye. Yes, no more job for you, just let it go.. DADDY!

Kepada rakyat Malaysia sekalian, kita terimalah keputusan ni seadanya. Dah harga nak naik, nak buat cmne. Kalau ada yg nak complaint pon, make sure buat dgn cara yg betul k. Kalau nak buat kecoh2 pun tak guna jugak, nanti daddy marah terus tanak dengar dah complaint tu!


Comments seterusnya...

Today is my 24th BIRTHDAY!!!

oleh sorensen pada 04 Jun 2008 dalam

Haih.. birthday lagi aku hari ni. Nape la dlm kehidupan ni kte kne menyambut besday setiap tahun? Ada yg kata sesapa yg lahir 29 Februari cuma besday 4 tahun skali je, banyak cantek la korang.. huhuh.. Tapi sape la yg tak hepi kalau sambut besday kan.. itu kan tandanya kte panjang umur, dan doa kte pd besday tahun yg sebelumnya telah dikabulkan..! Walaupun sukar menerima hakikat bhw diriku semakin TUA, yakinlah.. aku takla cepat sangat tua seperti usiaku ekekeke!! Mmg la statement tak makan umur kan (read: statement tak sedar diri, wakakaka!)

Kpd member2 yg dah wish, yg dah htr sms, comment kat FS dsb.. time kasihlah sbb korang still tak lupa besday aku.. Tak brp best la tahun ni sbb takde kek besday utk aku. Bkn pasal apa, bakery kat tmpt aku biasa beli kek kehabisan STOK bahan utk buat fresh cream!!! Aiyoo.. bakery lagi satu plak tutup, ni sume pasal cuti umum la ni.. bisnes banyak yg tak dpt jalan.. huhu!! SEDEY sangat..!

Dlm pada ni aku nak ucap selamat pengantin baru kepada Dewi, semoga berbahagia ke anak cucu. Member sorg ni satu skolah dgn aku dulu.. dia la yg first wish aku tadi, pd masa yg sama terus announce yg dia nak kawin 30hb nanti. Hehe.. cepat benar masa berlalu, sorang2 member aku dah kawin.. huhu..

Kla korang, aku tunggu hadiah korang sampai kat mailbox rumah aku tau! Ekekeke!!!


2 komen seterusnya...