Verizon Wireless MiFi Intelligent Mobile Hotspot

oleh sorensen pada 17 Mei 2009 dalam

Seperti yang telah dijangkakan, peranti MiFi akan mula berada dalam pasaran pada suku tahun kedua 2009 di Amerika Syarikat (apakah MiFi?). Verizon Wireless telah melancarkan MiFi 2200 Intelligent Mobile Hotspot pada 17 Mei. MiFi 2200 yang hanya bersaiz sekeping kad kredit tersebut akan membolehkan pengguna mencipta wireless access point yang boleh menampung sehingga lima peranti Wi-Fi seperti komputer riba, kamera, peranti permainan dan pemain MP3.

Mi-Fi 2200 bersaiz sangat kecil dan boleh dimuatkan ke dalam poket (bersaiz 3.5"x2.3"x0.4", seberat 58 gram). Ia mempunyai beberapa ciri, seperti penggabungan antena CDMA dan Wi-Fi berintegrasi, sekuriti lanjutan, teknologi authentication dan jangka hayat bateri sehingga 4 jam penggunaan dan 40 jam untuk mod tunggu sedia (peranti akan dicas sendiri apabila disambungkan pada satu-satu peranti).

MiFi 2200 akan berada di Verizon Wireless Communication Stores dan juga di dalam talian pada harga USD99.99, selepas rebat USD50 dengan tempoh perjanjian baru selama dua tahun. Penyedia perkhidmatan Sprint juga telah mengumumkan versi MiFi 2200 mereka yang akan mula dipasarkan pada minggu pertama Jun 2009.

Dipetik dan diterjemah daripada Gizmag.com


Comments seterusnya...

Kempen Anti Fluorida oleh PPIM

oleh sorensen pada 04 Mei 2009 dalam

Dalam pada kita heboh membicarakan tentang wabak selesema babi yang sedang melanda dunia pada ketika ini, kempen Anti Fluorida yang dilancarkan oleh PPIM ni nampaknya lebih menarik perhatian aku. Ya, walaupun ia mungkin tidak mendatangkan kesan serta-merta, tapi pernah tak korang bayangkan berapa banyak kandungan fluorida yang kita dah gunakan/telan melalui pelbagai jenis makanan ataupun produk, terutamanya ubat gigi? Selepas membaca artikel ni, tetiba aku rasa gerun pulak, justeru aku rasa menjadi tanggungjawab sbg blogger utk memberi peringatan kpd sume pembaca tentang isu ni demi kepentingan bersama. Artikel ni aku petik daripada laman web PPIM.

APA ITU FLUORIDA?

Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya. Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.

Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH

Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM

Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.

Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia.

AMARAN & PANDUAN

Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:

"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."

“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH,

SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit

- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!

Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida. Lihat jadual tersebut:

SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan
www.fluoridealert.org



4 komen seterusnya...

Holiday...

oleh sorensen pada 30 April 2009 dalam

Assignment dah habis hantar, exam pun tamatlah sudah.. so skrg ni tibalah masanya utk aku menenangkan diri. Cuti sem dah pun bermula dr skrg sampai awal bulan julai nanti. Aku dah ada kat swk ms nie, sampai smlm naik flite ke sibu. Thx abg alan, hantarkan ke lcct siap belanja makan lagi hihih.. i'm gonna miss u, and i'm gonna miss my frens for the entire holiday.. haih.. tak tau la cmne nak biasakan diri balik hidup kat rumah ni, it seems like.. almost no life at all :(

But fortunately my niece came this evening together with her parents.. hehe.. rindunya dgn dia. Wahh, dah banyak bercakap dia skrg ni yer.. but i know she missed me very much too.. asik nak melekap je kat aku td, sampai diorg balik rumah.. hehe..

Oklah.. blum ada pape yg menarik lagi pun di awal2 cuti ni.. ada pape nanti aku update ok.. stay tuned!


Comments seterusnya...

Si Pejuang Setia Yang Rebah

oleh sorensen pada 21 April 2009 dalam

Si Pejuang Setia Yang Rebah

Hari ini pejuang setia itu rebah
Bukan rebah kerana musuhnya
Tapi rebah kerana setia cintanya

Betapa ia jujur dengan kesetiaannya
Betapa ia setia pada kejujurannya
Betapa ikhlas ia untuk cintanya
Namun itu diterimanya bagai barang mainan
murah dikaki lima
Sewenangnya pula di perbudakkan

Dengan ngilu ia cuba bangkit
Sambil tersenyum akan bodoh sendiri
Lalu fikir mencerna silap peribadi

Kini si pejuang setia sedar
Bahawa setianya hinggap pada daun keladi
Kerana jujurnya bertenggek pada ranting berduri
Dan ikhlasnya diletakkan pada pohon tinggi

Perlahan si pejuang setia berdiri
Serta taslim berdiskusi dihamparan sejadah diri
Bergema satu suara berbisik ke telinga dan berkata;
Setiamu harus pada yang Maha Mengasihi
Jujurmu hendaklah pada yang Maha Menyanyangi
Ikhlasmu wajib untuk yang Maha Mengampuni

Bangkit si pejung setia terus ia bernyanyi;
Kesedaran adalah matahari
Kesabaran adalah bumi
Keberanian menjadi cakerawala
Dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata

Segera melangkah di bawah mendung hari
Bersama kenangan yang pasti
Rahmat dari Ilahi.

(Credits to: wezzzeli)


Comments seterusnya...

Hotlink Youth Club

oleh sorensen pada 14 April 2009 dalam ,

Maka tertanya2 la aku.. aper kes? Tetiba aku check aku punya no hotlink nyer validity akan tamat pada tahun 2013? Mana datangnya? Aku ingatkan hari tu, kesilapan teknikal ke apa.. member pun ckp kdg2 sistem maxis ni pening sikit. So tadi aku try la topup, kot2 la ok balik kan. Tapi lepas aku topup tu, validity dia tetap sampai tahun 2013 gak. Mmg sudah menjangka ada sesuatu yg best, aku pun try la check kat website hotlink. Yeah! Jangkaan aku memang tepat sekali!

Dalam minggu lepas aku ada menerima satu msg dari hotlink. Diorg announce yg hotlink campuszone dah xde skrg ni, diorg ganti dgn pakej baru ni la. Banyak kelebihan pakej ni berbanding dgn celcom uox dan digi on campus. Bukan kata saje nak mempromosi, tapi korang tengok la sendiri kat bawah ni:

Ha.. yang purple dgn kuning tu, faham2 jela sape kan. Di samping tu, hotlink jugak x memberikan limitation umur mcm celcom uox (yang akan ditamatkan ketika umur mencecah 26 tahun) sebab utk semua bekas2 ahli hotlink campuszone, diorg akan bagi access selama 4 tahun.. termasuk la aku yg dah nak mencecah umur 25 nie! Hiks!!

Ini plak kadar kesemua service yang disediakan kpd ahli hotlink youth club. Berbaloi kan? So lepas ni, xde la risau lagi nak buat call ke no operator lain walaupun berada di luar kampus. Sbb kadarnya dah disamaratakan.. well, at least untuk 4 tahun yang akan datang la kan.. hehe. Utk maklumat lanjut korang bleh check kat sini.


6 komen seterusnya...