Aina Abdul - 세피 (Sepi) Versi Bahasa Korea
oleh sorensen pada 19 Jun 2021 dalam hiburan
Lirik (한글):
Kisah Omar: Mengenang lima tahun pemergiannya
oleh sorensen pada 21 Julai 2017 dalam jiwa, kehidupan, omar
Alyah - Menunggu Bayangmu (OST Lara Cinta Ameena)
oleh sorensen pada 03 Januari 2017 dalam hiburan
UPDATE: Alyah melalui Facebook Live pada 21/1/17 telah mengesahkan lagu Menunggu Bayangmu digubah eksklusif untuk Tanah Beris Production bagi soundtrack Lara Cinta Ameena sahaja. Ini adalah hint bahawa tiada videoclip official yang akan diterbitkan untuk lagu tersebut seperti yang dinyatakan sebelum ini. Harap maklum.
Merasakan hadirmu
Setiap lara jiwaku
Hanya engkau ku tunggu
Cinta yang pernah hadir
Di hatiku
Masih suci tak berlalu
Ku sedari kasih hanya untukmu
Jalan ini berliku
Hingga lelah nafasku
Degup jantungku rasa
Hilang pudar di mata
Cintaku bayangkan syurgamu
Saat hati rapuh
Rindu hadirlah kau kasihku
Temanilah aku
Aku mencintaimu
Seumurku
Kerna itu yang ku mahu
Tulus hati aku
Masih menunggu
Aku mencintaimu
Seumurku
Kerna itu yang ku mahu
Tulus hati aku
Masih menunggu
Hanya dirimu
Dirimu...
Kisah Omar: Jawapan yang sekian lama kucari...
oleh sorensen pada 02 September 2014 dalam jiwa, kehidupan, omar
Bila aku dah dengar cerita abang tu, aku bagitau kat mak. Suruh bawak abang pergi berubat. Kat kampung aku ni, ada sorang laki yang pandai ubat cara islam. Sepanjang hari tu, aku rasa x sedap hati. Asyik fikirkan abang aje. Memang dari segi kesihatan, dia ok. Xda pulak dia mengadu sakit2 badan @ sakit kepala. Selera makan dia pun macam biasa jugak. Tu yang buat kitorang x risau sangat.
Balik dari kerja semalam, tengok muka, tangan, kaki & kepala abang ada kuning2. Dia cakap, pakcik aku datang petang semalam nak ubatkan dia. Memang betul, pakcik aku cakap abang terkena buatan orang. Benda tu sikit2 akan memakan badan abang aku. Mula2 luaran & lama2 dia akan merebak ke dalam badan.
2 hari sebelum abang meninggal, dia merapu2, cakap benda yang pelik2. Tapi masa tu dia dah tak kenal lagi siapa yang datang. Dia selalu panggil mak, bapak & chah aje. Bapak kata jangan jauh. Masa abang dah tak panjang lagi. Berkali2 jugak aku menidakkan. Kenapa bapak cakap macam tu??Abang masih ada harapan lagi. Aku cakap kat abang, abang mesti kuat. Abang mesti lawan sakit abang tu. Tapi, semua saudara mara aku yang ada kat situ cakap, memang abang dah tak ada harapan. Selalunya orang yang nak meninggal akan cakap benda yang pelik2. Aku tak percaya semua tu. Bagi aku semua tu mengarut. Abang masih lagi boleh sihat macam dulu.
Asfan Shah - Alasan Untuk Bahagia
oleh sorensen pada 20 Januari 2014 dalam
Menghapus bayangmu
Jauh darimu
Rasa cinta yang tak akan
Putus kerna alasanmu
Untukku bahagia
Ooo...
Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan
Putus kerna alasanmu
Untukku bahagia
Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan
Putus kerna alasanmu
Untukku bahagia
Lima bulan setelah kau tiada...
oleh sorensen pada 16 Februari 2013 dalam jiwa, omar
Aplikasi Pengesan Kamera AES Untuk Peranti Android
oleh sorensen pada 18 Oktober 2012 dalam teknologi
Adele - Skyfall
oleh sorensen pada 09 Oktober 2012 dalam hiburan
Perginya kamu tiada pengganti...
oleh sorensen pada 17 September 2012 dalam belasungkawa, kehidupan, omar

Fenomena Gangnam Style
oleh sorensen pada 29 Ogos 2012 dalam hiburan
UPDATE: 11/9/2012
Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)
oleh sorensen pada 21 Ogos 2012 dalam hiburan
Salam Lebaran 2012M / 1433H
oleh sorensen pada 19 Ogos 2012 dalam peristiwa

Ini merupakan wallpaper edisi khas terbitan Microsoft Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri 2012. Sudi-sudikanlah hiasi desktop komputer anda dengannya :)
Bantah Seksyen 114A #stop114a
oleh sorensen pada 14 Ogos 2012 dalam #stop114a
Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.
Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.
Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.
Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.
Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.
Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama anda, Seksyen 114a yang baru ini menganggap bahawa andalah pemilik sebenar akaun terbabit.
Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet. Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita.
Kebebasan bersuara serta kebolehan menyatakan pendapat merupakan tunjang sebuah demokrasi yang berfungsi dan berinovasi.
Seksyen 114a Akta Keterangan ini jelas bercanggah dengan konsep hak asasi manusia dan aspirasi ekonomi negara berasaskan ilmu.
Jika anda fikir pindaan terbaru terhadap akta ini perlu dihapuskan, marilah bersama kita mendesak Kerajaan supaya menarik semula pindaan tersebut. Sertai Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012!
http://stop114a.wordpress.com/
https://www.facebook.com/evidenceamendmentact
Blackberry Internet Service II - Umobile vs. Celcom Prepaid
oleh sorensen pada 21 Julai 2012 dalam blackberry, telco

Sekali lagi terfikir untuk berubah angin. Sebenarnya dari awal lagi aku sudah melihat potensi yang ada pada plan BIS Umobile, malah sejak aku baru memilih untuk menggunakan Celcom lagi. Sejak tahun lepas Umobile telah memperkenalkan kadar BIS prepaid bulanan RM19 tetapi hanya sebagai promosi untuk masa terhad. Mengikut perancangan ia sepatutnya telah dinaikkan semula kepada kadar asal iaitu RM25 bermula Jun lepas. Oleh itu aku enggan memilih Umobile terlebih dahulu kerana khuatir akan kerugian dari segi harga dan kualiti liputan. Namun setelah beberapa bulan, Umobile akhirnya akur kepada persaingan sengit dengan telco yang lain. Perancangan menaikkan semula kadar plan itu telah terbatal dan kadar RM19/300MB untuk langganan bulanan dikekalkan. Malah baru-baru ini Umobile telah memperkenalkan plan BIS prepaid dengan kadar lebih rendah iaitu langganan selama 2 bulan/600MB untuk RM34 sahaja. Dan ketika itu jugalah aku mula mempertimbangkan untuk beralih kepada Umobile BIS prepaid.
Dalam minggu ini aku telah melakukan proses migrasi telco (MNP) untuk nombor prepaid Maxis Hotlink yang ada kepada Umobile. Aku memilih untuk memigrasi nombor Hotlink kerana plan Youthclub nya akan tamat tempoh pada awal tahun hadapan. Dan aku tidak bercadang untuk meneruskan langganan Hotlink lantaran kadar panggilan dan SMS pada plan terbarunya yang semakin mahal dan mengelirukan berbanding Xpax X2 yang lebih jelas dan berpatutan. Proses port out ke Umobile telah berjaya dilakukan hanya dalam masa 3 hari dengan bantuan salah seorang ejen MNP di laman forum Lowyat.net
.
Kita semua maklum bahawa buat masa sekarang, liputan Umobile pada kebanyakan kawasan masih lagi bergantung pada perkongsian infrastruktur liputan bersama Celcom (domestic roaming), tidak terkecuali di tempat aku. Namun liputan yang dikongsi hanyalah untuk servis 2G sahaja bermaksud kelajuannya di kawasan yang menggunakan kemudahan liputan Celcom terhad kepada EDGE. Walaupun secara teori kelajuan kedua-duanya mungkin tiada beza kerana berkongsi liputan dan infrastruktur yang sama, aku tetap menjalankan ujian speed-test untuk membandingkan kelajuan EDGE antara Celcom dan Umobile agar lebih jelas dan terbukti. Dan keputusannya adalah seperti dibawah:

Keputusan speed-test tersebut diperoleh dengan menetapkan tetapan APN kepada "celcom3G" pada kedua-dua nombor Celcom dan Umobile. Dan ujian memuat turun file secara manual melalui APN tersebut juga tidak mengecewakan apabila kelajuan kedua-duanya mencecah 200kbps, kelajuan standard bagi rangkaian EDGE yang pada pendapat aku sudah memadai untuk memenuhi keperluan BIS tipikal. Aku telah cuba menggunakan APN "my3G" (tetapan APN asal Umobile) pada nombor Umobile tersebut namun hasilnya kurang memuaskan apabila kelajuan maksimum yang berjaya dicapai hanyalah 96kbps. Oleh itu aku membuat kesimpulan bahawa APN "my3G" hanya sesuai digunakan di tempat-tempat yang mempunyai liputan Umobile 3G yang sebenar sahaja bukan ketika menggunakan kemudahan domestic roaming Celcom.Dengan mengambilkira pola penggunaan, liputan/kelajuan rangkaian serta kadar langganan yang telah diterangkan aku merasakan plan Umobile BIS prepaid adalah paling sesuai dan lebih menguntungkan buat masa sekarang. Pada masa yang sama, cadangan Umobile untuk memperluaskan rangkaian 3G melalui perkongsian liputan dengan Maxis dalam masa beberapa bulan akan datang menambahkan lagi keyakinan aku terhadap stabiliti dan kekuatan telco berkenaan. Walau apapun, ini hanyalah permulaan migrasi aku bersama Umobile. Sama ada ia akan menjadi investment yang menguntungkan atau sebaliknya, sama-samalah kita tunggu.
UPDATE: Bermula September 2012, perkongsian liputan Umobile di seluruh negara telah ditukarkan sepenuhnya daripada Celcom kepada Maxis.


