Holier than thou~

oleh sorensen pada 25 Mei 2010 dalam ,

Kenapa ya, ramai orang Melayu yg mempunyai attitude seperti ini?

Sangat memalukan. Sebentar tadi ada seorang user yg tidak berani mendedahkan namanya telah memberi komen ini berkenaan dengan entry Crocs dan kalimah Allah yang aku post semalam. Aku tidaklah mengharapkan ucapan terima kasih atau apapun kerana berkongsi maklumat yg aku dapat dari internet, walaupun..

...telah terbukti bahawa user ini sememangnya berniat untuk mencari maklumat tentang perkara ini berdasarkan keyword carian yang beliau gunakan di google. Justeru, aku mula syak.. kemungkinan besar user ini adalah individu yg terlibat dgn pengedaran kasut keluaran Crocs, pekerja mana2 outlet yang mahu melindungi kepentingannya, mahupun pengguna produk ini yg terasa hati dgn entry tulisan aku. Mungkinkah dia sebenarnya sengaja berniat utk mencari semua blog yg menulis ttg perkara ini, supaya boleh membidas tujuan pemilik blog2 tersebut (termasuk aku) tanpa mendedahkan namanya? Owh.. trick lama yg sungguh tidak bermaruah sekali. Malulah kpd blogger intermediate sepertiku, yg sudah masak dgn kelakuan2 tidak bertanggungjawab seperti ini.

Ingin ditegaskan sekali lagi ye.. sebarang tulisan aku kat sini, sekiranya tidak menyebut sebarang nama atau individu secara spesifik.. harap jgnlah ada yg tiba2 terasa tidak tentu hala. Berkongsi maklumat, tidak salah kan? Tapi seperti yg dikatakan oleh individu ini, dia sudah TERKELIRU dengan apa yg aku tuliskan. Ada tak users lain yang keliru? Bahasa aku mengelirukan ke? Cuba angkat tangan skrg.. nak tengok gak brp ramai yg kurang daya pemahaman bahasa tuh. Aku boleh bagi kelas tuisyen bahasa melayu kalau perlu yer kat korang.

Dgn tak semena2, aku dituduh menyebarkan kekeliruan, dan dituduh tidak mahu mendapat pahala sbb tak melaporkan perkara ni kpd pihak lebih tinggi. Kebodohan apakah dalam kenyataan tersebut, wahai saudara seagamaku? Peringatan tidak memerlukan kita utk membuat prosedur2 tertentu untuk dikongsikan.. bila2 masa, kalau perlu.. ia boleh dilakukan. Kepada saudara anonymous pemberi komen ini, ma'sum kah anda sehingga bukan lagi menjadi tanggungjawab anda juga, andaikata anda merasa bertanggungjawab, untuk melaporkan perkara ini kpd pihak yg disebutkan sekiranya anda rasakan ia perlu? Sekiranya pahala itu boleh dimiliki saya, maka anda juga boleh mendapatkannya. Bukankah anda juga seorang Islam?

Tapi, tak usah hairanlah. Tradisi melayu yang pekat adalah dipenuhi iri dan hasad dengki di dalam hatinya. Kebaikan orang lain perlu diletakkan di bawah sekali dlm apa jua keadaan pun, supaya diri Melayu itu dipandang lebih cerdik dan tinggi martabatnya berbanding Melayu2 seIslam yang lain. Na'uzubillahminzalik.


Comments seterusnya...

Crocs dan kalimah Allah..

oleh sorensen pada 24 Mei 2010 dalam ,

Pdot, Pzot dan Alin.. anda di tag di dalam post ini yer..

Ok.. beristighfar sekarang...

Aku tengok gmbr ni dah di post dan circulate di facebook dgn agak pesat hari ni. So rasanya menjadi tanggungjawablah utk memberi peringatan kpd diri sendiri dan kawan2 ttg isu logo kasut crocs nih. Aku bukan berniat nak perli sape2 yg guna kasut ni tau, sbb aku sendiri pun pernah berniat nak bli.. cuma sbb takde duit je..

Tapi bila dh tengok mende ni.. rsnya tak jadi la kot. So, kwn2 aku kat luar tu yg memiliki crocs ni.. pertimbangkanlah sewajarnya sebelum memakainya selepas nih. Mungkin benda tu cuma secara kebetulan saja.. benar. Tapi kalau bab2 benda yg diragui ni, rsnya lebih afdal kalo kte jauhkan saja.. ok..

Haih.. cuma mampu berdoa semoga crocs menukar logonya pd masa akan dtg. Syg, sbb kasut2 crocs mmg berkualiti tinggi.. so takleh salahkan knp ramai yg guna gakla. Sama ada disengajakan ataupun tidak, wallahualam.. taknak buat sebarang spekulasi kat sini.. ok!



7 komen seterusnya...

Reunion?

oleh sorensen pada dalam

Bila disebut perkataan reunion, apakah yg akan terlintas di fikiran korang? Duduk berkumpul bersama rakan2 yg pernah dikenali semasa zaman persekolahan atau di kolej/universiti, sambil berbual tentang kenangan2 lucu ataupun sedih yg pernah berlaku dulu2, betul tak? Then, masa tu la kita akan tengok perubahan pd wajah, bentuk badan dan tingkah laku kwn2 yg pernah kita kenal, yang mungkin dah tak sama mcm dulu2 lagi. Itulah ertikata reunion yang sebenar. Sepatutnya, event ini adalah something yg kita semua tunggu2 untuk merapatkan kembali hubungan antara kwn2 setelah sekian lama membawa haluan masing2.

Tapi apakah perasaan korang, apabila tiba2 suatu hari.. ada seseorang yang korang sendiri pun dah hampir2 tak ingat langsung namanya, mukanya dan di mana korang pnh nmpk dia.. tiba2 msg korang dan tanya korang ingat lagi tak dia sape? Lepas tu plak, bila korang kata korang tak ingat.. dia pun ingatkan bahawa dia pernah bersekolah di sekolah korang sezaman dgn korang dlu, tp tak pernah bercakap langsung dgn korang dan tak pernah duduk SEKELAS. Dan yang paling mengejutkan, dia dengan konfidennya mengajak korang menjadi PENGANJUR majlis reunion yg korang sendiri pun tak tau akan diadakan di kalangan siapa, dan memberitahu korang utk datang ke meeting reunion tu dlm masa SEMINGGU dari sekarang?

Korang sakit hati tak?

Itulah yg baru berlaku pd aku. Malas nak mention nama budak tu kat sini, sbb aku sendiri pun mmg tak kenal langsung dgn dia dlu. Aku pun tak sangka bhw aku yg tak reti grooming langsung masa skolah dlu (in fact, smp sekarang pun!) sangat dikenali di kalangan budak2 satu skolah! Nak2 bila dah ajak reunion tu, kiranya bermakna sgt la aku ni dlm hidup org yg berkenaan tu kan?

Tapi, selain dpd tahap relationship yg hampir xde langsung dgn org yang aku dh sebutkan tu.. ada lagi satu benda yg paling paling paling aku tak berkenan dgn budak ni. ATTITUDE.

Aku boleh nampak matlamat yang dia nak capai sebenarnya. Kemungkinan, dia sebenarnya nak held majlis reunion tu among budak2 classmate dia ataupun secara general org yg dia pernah kenal. Tapi disebabkan skrg ni dia takde kat hometown aku ni, jadi dia pun nak cari la org lain yang boleh di 'remote' utk handle majlis tu nanti. Bila dia ternampak nama aku kat facebook dan dia rasa2 dia pernah kenal aku.. ting! Dia pun rasa akulah org yang dia kenal yg paling berkaliber di muka bumi ni utk handle perancangan2 dia tuh!

Amboi3.. ingat aku nih pecacai ker?

Bayangkan kalau aku yang kena galas tanggungjawab utk handle majlis reunion org lain, korang rasa aku buang masa tak? Dan korang bayangkan mcm mana muka aku kat majlis reunion tu nanti, dikelilingi oleh kwn2 budak tu yg tak pernah langsung kenal aku.. then aku pun duduk la di satu sudut kat tempat tu sambil memerhatikan betapa meriah dan jayanya majlis yg aku handle tapi BUKAN utk aku dan kawan2 aku sendiri.. setelah beberapa bulan bertungkus lumus membuat perancangannya. Ley?

Tolonglah. Trick2 mengambing hitamkan org lain utk kepentingan diri ni mmg aku dah masak sgt. Dan aku mmg benci org2 yg ada attitude mcm ni. Mungkin lepas ni aku akan lebih berhati2 utk approve sesape jer yang add aku kat facebook. Kerana, kebarangkalian utk seseorang itu mengekalkan attitude hanjingnya semasa zaman remaja dulu hingga hari ini tetap ada.. tak kiralah berapa lama masa sudah berlalu dan berapa ramai anak yang sudah dimilikinya sekarang.


2 komen seterusnya...

AF dan memorinya...

oleh sorensen pada 18 Mei 2010 dalam ,

Menonton AF mungkin bukan menjadi trend lagi skrg ni. Buktinya? Aku pun tak tau kalau hujung minggu ni merupakan konsert final AF tahun ni (season berapa? 8 ke?). Kalau tak kerana member yg bgtau tadi aku mmg xkan ingat apa2 pun psl AF. Apa sebabnya? Mungkin sbb semakin lama, penonton dah makin bosan kot. Semua kejutan2 yg dibuat, daripada artis jemputan sehinggalah penyerapan masuk pelajar sudah dilakukan. Mungkin dah sampai masanya AF ditamatkan setakat musim ini?

Walau apapun, perkara yg aku nak ceritakan bukanlah psl AF tu sendiri. Tapi segala kenangan berkenaan AF dan aku serta kwn2. Banyak benar kenangan2 lucu.. itula yg aku dan omar duk imbas2 balik tadi..

AF paling meletop masa zaman ktorg kat unimas dulu.. terutamanya utk musim kedua (2004) dan musim ketiga (2005). Masa tu, punya la gila smp sanggup pergi mkn kat luar kampus setiap mlm ahad sbb nak tgk konsert AF. Tahla.. mmg semangat ms tu sgt kental, bukan ktorg je.. ramai lg student2 lain yg berbondong2 pergi ke warung 2000.. kedai makan paling popular di taman perumahan desa ilmu, kota samarahan.. dekat je dgn unimas blh jalan kaki.. utk tujuan yg sama. Pukul 7 mlm dah standby booking meja. Mcm2 la kerenah student dan org2 lain yg makan.. ada yg buat bising la, duk sibuk mengundi la.. tak terkecuali kwn2 aku.

Itu cerita ms ktorg stay kat kampus timur, xpe lg. At least dekat je dgn kwsn2 kedai di kota samarahan tu. Tapi bila masuk 2nd year tahun 2005, ktorg berpindah ke kampus barat, kampus unimas yg baru.. jarak beberapa kilometer dr tempat yg biasa ktorg pegi tu. Kalau tmpt tu meriah xpe.. ini mmg still dikelilingi hutan bakau di sekitarnya. So, mcm mana ktorg survive utk tengok AF?

Haha.. itu la yg menarik..

Pernah sekali, ktorg gigih nak tengok jugak konsert AF ni. Zaman2 mawi tgh meletop katakan. Kalau tak silap, konsert mlm tu ekin yg tersingkir rsnya. Ada brp org yg pegi skali, tapi lepas abis tengok konsert tu kat warung 2000, aku dgn omar stay kat rumah micheal.. kebetulan kat rumah kedai area desa ilmu tu jugak. Keesokan paginya, ktorg pun nak balik.. tah kenapa malang sgt nasib kami pagi tu. Van takde, pastu pak guard kat kampus timur tu plak tak sudi nak htr ktorg (huh, kalau budak pompuan dorg on je tu). Sudahnya, aku dgn omar terpaksa la menapak.. aku tak sure la, tapi dlm dekat sejam jugak kot baru smp kat kolej ktorg tu. Huhu.. dan bila tiba final concert plak, naik van lagi. Tapi final konsert tak tgk kat warung 2000, pegi noni chicken rice plak.. yg tu kat area desa ilmu fasa II. Aku ingat lagi omar, ko pukul2 paha aku sbb tak puas hati mawi menang.. ko kan minat amylea masa tu.. huhu.. Tapi masa nak balik tu la paling klakar, sbb kne bersesak2 naik van dgn brp org budak pompuan tu.. smp bila aku balik kolej, secret admirer aku msg tanya bdk2 tu sape.. Ha, yg tu korg tak tau yer.. hahah..

Tapi tu semua kenangan. Kdg2, aku rindu semua tu.. sbb zaman2 aku study kat upm dulu takde kot yg mcm tu. Bagi aku, byk kenangan pahit manis psl AF berlaku sejak kita tinggal kat kolej alamanda. Dan of course, termasuk perkara2 lain yg rasanya tak dpt aku ceritakan kat sini :)


6 komen seterusnya...

Surat terbuka buat LAPTOPKU...

oleh sorensen pada 17 Mei 2010 dalam ,

Laptop syg...

Hari2 aku mengadap muka kau sejak hampir 6 tahun yang lepas. Kau dah tua, aku faham. Dan selama hampir 6 tahun itu jugak la aku duk menjinjit beban berat kau ke sana ke mari. Walaupun aku tau kau laptop lama yg tak compatible dgn Windows 7 tapi aku tetap sygkan kau. Kenapa? Sbb kau adalah pemberian bapakku, dan harga kau pd hampir 6 tahun yang lepas adelah sgt2 mahal. Well, you were.. back-then.

Laptop syg...

Lantaran itu aku faham knape kau duk meragam tak henti2 dpd pertengahan tahun lepas. Aper kau hengat aku dh lupa? Mula2 kau meragam lembab nak mampos. Aku faham. Aku tukar RAM kau dgn yg baru. Tak brp bulan lepas tu plak, CPU fan kau plak meragam. Aku tukarkan jugak, wpun dgn yg 2nd hand. Maafla sesangat, bkn saje2.. sbb kau pun dah tua.. dan spare part kau mmg separuh mati aku cari kat mana2 sgt2 payah utk ditemui. Lps tu kau ok.. thx, sbb tak meragam masa aku tgh buat final year project.

Tapi skrg, kau meragam lagi. Kenapa laptop syg, mlm tadi ko tetibe hang lps tu tak dpt boot balik? Betul ke nurul kata hard disk kau rosak? Kalau betul, aku sanggup carikan spare part hard disk IDE yg sgt rare pd zaman skrg itew asalkan kau sembuh kembali.

Laptop syg...

Aku merayu pd kau. Jgn la ko tinggalkan aku di saat aku melalui zaman gelap mcm skrg ni. Fahamilah, aku baru habis study. Dan skrg ni aku tgh menanam anggur dan tak tau lagi bila testimonial aku dorg nak kirim. Aku sangkak skrg, laptop syg. Ko mesti lagi faham aku berbanding yusry dgn erra kan? Yer.. kte berdua sama2 pernah melalui zaman dorg kawin smp la bercerai.. aku faham brp banyak hasil keje aku yg dh mendapat pujian/carutan yg aku buat hasil dpd kerjasama kau. Dan faham kau dah tua, mmg aku tau kalau dah tiba masanya utk kau menamatkan perkhidmatan @ hari2 bahagia kte bersama.

Cuma fahamilah, laptop syg...

Berikan aku sikit masa utk mencari employer. Demi sesuap nasik, seguni gadget baru dan LCD TV. Kerana jatuh bangunku, laptopku.. adalah bergantung kepadamu.

Bangunlah kembali.. supaye aku dpt meneruskan kehidupanku.


8 komen seterusnya...

It's time...

oleh sorensen pada 09 Mei 2010 dalam , ,

Plan yg dirancang hari tu mmg menjadi. Detik2 last yg aku spend dgn kawan2 aku pd hari jumaat dan semlm, sekurang2nya meringankan sikit kesedihan aku utk berpisah dgn diorg.

Ptg jumaat tu, just kuar dgn pdot, pzot dgn alin. Tengok wayang citer iron man, pastu mkn2. Itu je yg sempat nak buat pun. Sedih sbnrnya masa aku nak kuar tu korang.. tp aku tahankan je. Aku mmg mcm tu, kalau aku sedih nak berpisah.. aku akan lambai, dan tak akan toleh lagi. Sbb aku ni sentimental skit.. hihih, nak2 tgk pzot mcm nak nanges dah ms tu. So sblm drama berlaku di depan watson the mines bersaksikan para pelanggan yg tgh nak shopping simplisiti, aku pun decide utk angkat kaki lebih awal. Guys, we will meet again. Till then, we keep our frenship alive virtually through facebook for a while, ok ;')

Pastu dlm kul 8.00, merza plak dtg pick aku kat bwh heritage. Lepak dgn imran lagi.. mlm td imran bawak pegi satu restoran aku x igt nama, dkt nilai. Rupanya saje nak belanja aku mkn.. huhu.. Stik aper tah aku mkn smlm.. sirloin? Aku telan je.. asalkan kepala tak pening tu aku tau la tu bukan salah satu unsur daging kambing.

Lps merza antar balik pagi smlm, sblh ptg tu jumpa plak dgn omar skali dgn thohir kat midvalley. Oleh sbb thohir bawak ehem2 dia so xleh la lama sgt.. dlm kul 4 dorg pegi tgk wayang, aku dgn omar pun gerak pegi jalan TAR, nak carikan kain baju utk bapak dgn mak. Beli gak untuk aku sendiri, wpun hari tu dah bli kain baju raya dah. Xpe la.. ni je pun peluang aku nak bli kain cantik2 dah. Bukan nak kata apa, kalau kat sana.. harga mahal, jarang ada yg cantik. So aku beli je yg harga sedang2 kat sini, asalkan kain tu mmg sah2 takkan ada dijual kat sana punya. Ley?

Aku dah betul2 tenang skrg. Seriously, sangat tenang. Aku dah lunaskan semua apa yg aku perlu buat, dan aku dah lengkapkan tanggungjawab terhadap kwn2 yg sgt sygkan aku. Skrg aku cuma nak balik dlm keadaan yg tenteram.. berehat secukupnya, dan bersedia utk meneruskan stage kehidupan selepas ni. Mungkin dlm masa terdekat aku akan berhenti menulis buat sementara waktu. Perlukan masa utk sesuaikan diri dgn suasana hidup yg kembali normal itu. Kejap je kot, sbb korang pun tau.. aku mmg jenis xleh duk diam lama2.

Selamat tinggal Kuala Lumpur. Kalau ada jodoh, kita bersama lagi ya :)


3 komen seterusnya...

FYP + berhangkut barang...

oleh sorensen pada 06 Mei 2010 dalam ,

Aper kau hengat mende yg satu tu je boleh dihangkut? *erks! Ok, minggu last ni mmg agak huru hara sikit utk aku. Mcm2 mende nak kne buat. Alhamdulillah, FYP aku yg hado itu sudah selamat sampai ke tgn encik Walker ptg tadi, skali la hantar dgn bdk2 lain yg sama2 under dia. Dan perhaps, itulah gamaknye kali terakhir aku akan tgk muka dia for the rest of my life. Tak sanggup dah aku, hensem sgt. Mulut baik plak tu, mana ktorg tak sayang kat dia? *knock3 choii..!! tak baik aku nih, nak balik pun ada masa lagi melahar org kannnn... Papepun aku harap, cukup la setakat tu je semuanya. Aku nak habiskan semua nih, dah penat. Balik rumah nanti aku nak rehat puas2 sbb masa ni dah jd tak tentu arah dah masa rehat aku, siang dgn mlm sama je.. makan dgn tidak xde beza.

Smlm sepatutnya aku dah settlekan pasal pos barang2 utk dihantar balik. Gigih ni terpaksa menyewa teksi semata2 nak angkut harta sebyk 4 kotak tu. Alih2 smp sana, borang parcel plak dah abis. Nasib baik staff post office tu faham, dia tau susah nak angkut so dia suh tinggalkan je dulu kat situ. So, hari ni la baru aku dpt proses mengepos semuanya. 4 kotak hantar guna parcel biasa, lagi 2 kotak aku tambah hari ni plak hantar guna pos laju.. menjadikan jumlah caj sumernye RM130++. Hmm.. malas la aku nak komen, sbb barang2 tu sume mmg kne hantar walau cmne skalipun.. kalau aku x kne skrg, kat klia nanti lagi la hazab malapetaka yg menunggu.

Utk weekend ni plak, aku akan enjoy puas2. Sepuas2nya, dgn kwn2 aku. Esok member2 coursemate ajak kuar, then lewat ptg sikit merza akan pick aku dan bawak lepak lagi. Sabtu aku akan keluar plak dgn omar, skali dgn thohir bersama ehem2 dia.

Haih, hectic lagi. Silap haribulan smp2 kat rumah nanti, 3 hari 3 malam aku tido tak bangun2 nih.


4 komen seterusnya...

Menghitung hari pulang...

oleh sorensen pada 03 Mei 2010 dalam ,

Kolej pun dah makin sunyi. Kalau malam2, boleh dikira tinggal berapa bilik je lagi yang berpenghuni kat sini, termasuklah bilik aku. Masing2 dah habis exam kan. Aku ni pun, kalau tak kerana fyp yg belum settle lagi.. mungkin takde la rasanya aku nak extend masa duduk kat bilik ni. Pejam celik, rupanya dah dekat setengah tahun aku tak balik. Tak jadi isu pun, sbb mmg tugas aku masa ni utk belajar. Kadang2 aku pun lupa perkara tu. Dan bila sampai waktu dah nak habis pengajian ni, barulah rasa betapa berharganya setiap saat yang aku dah lalui kat sini.

Smlm merza bawak aku ke rumah imran lagi. Dah lama benar rsnya aku tak hangout dgn dorg. Masing2 busy. Nak2 imran, kesian kat dia. Smlm dia tgh 1st on-call, so takleh la ktorg nak lepak2 makan kat restoran seafood bagan lalang mcm biasa. Makan dekat2 rumah dia je pun, smp 2-3 kali call masuk suruh balik klinik, sbb ada kes. Sbb smlm ada patient kne stroke, terpaksa la dia ke seremban naik ambulans hantar patient. Tinggal la aku dgn merza je yg balik ke rumah.

So aku pun mintak merza temankan cari kotak. Bahaya sikit la org2 sg. pelek ni. Prejudis mmg tahap giler2 punya.. sampaikan nak amik kotak kosong yg dibuang dpn kedai pun, kne toleh2. Apa la nasib aku.. nasib baik jumpa banyak gak kotak mlm tadi. Penat gak la nak mengemas semuanya utk taruk dlm kereta merza. Kira skrg ni dah lega sket la aku, satu mende dah settle.. tinggal skrg ni just nak kemas brg2 aku yg hazab punya banyak kat dlm bilik nie.. then dlm minggu ni gak aku kne fikir la mcm mana nak angkut kesemuanya ke pejabat pos utk dihantar balik ke sarawak.

Tiket aku dah beli tadi. Mcm biasalah, flight pagi.. pukul 8.50, 10hb 5 (isnin depan). Ada member tanya, kenapa balik lmbt sangat? Lmbt kew.. tu pun dah awal dah tu. Yer lah, at least ada jugak masa sket utk aku jilidkan fyp tu nanti.. then hantar kunci kolej. Kalau ada masa lebih, ingat nak hangout la ramai2 dgn member, utk kali terakhirnya sbg student UPM ni. Mgkn aku nak spend masa jalan2 gak kejap kot kalau dah settle semuanya, menikmati kesesakan kl seorang diri mcm yg aku biasa buat sebelum2 ni. Sbb lepas ni, aku akan merindui semuanya. Dunia pada kaca mata aku akan kembali seperti sediakala tak lama lagi, mcm sebelum aku memulakan kehidupan kat sini dulu.

Dan detik2 itulah yg aku tengah tunggu skrg ni, walaupun tanpa kerelaan.


4 komen seterusnya...