Diskaun tiket flight???
oleh sorensen pada 28 Oktober 2009 dalam jiwa
Waahhhh... murahhhhhhanjenggg!!!!!!
Hai.. budak2 MPPUPM ni tak pernah naik flight langsung ker??? (matila bukak2 entry terus charot!!!).
Hahah. Aku pun terperasan gak kebelakangan entry aku asik keje menchaaroottt aje. Nak buat cmne, dah mmg banyak bende2 keji berlaku menjelang hujung2 sem kali ni kan. So, bertahanlah.. kalau korang sayangkan aku. Wakakaka!!!
Baiklah. Kali ni nak citer sket pasal "diskaun" tiket flight yg diumumkan oleh dak2 MPPUPM bermula dpd semalam. Sejak dr petang kelmarin, aku ternampak beberapa wall post di group facebook MPPUPM dan group UPM sendiri pasal benda ni. Katanyer, pihak MPP serta UPM Holdings tengah berusaha utk mendapatkan diskaun utk harga tiket flight pulang ke kampung dan juga utk kembali ke UPM semula menjelang semester baru nanti. Sesapa yg tak bli lagi tiket buat masa ni, dimintak utk bagi semua butir2 peribadi dan flight yg ingin ditempah tersebut kpd pihak MPP sebelum MALAM INI.
Aku pun mula rasa pelik. Banyak benda2 pelik yg terlintas dalam fikiran aku skrg.
Perkara pelik No. 1
Sejauh mana officialnya tawaran diskaun tiket tersebut, sedangkan ia hanya dibuat di dlm facebook sahaja oleh MPPUPM yg terlibat? Mcm mana dgn budak2 yg takde facebook, mcm mana diorang nak tau pasal benda ni?
Perkara pelik no. 2
Kenapa baru skrg dak2 MPP nak ambil tindakan buat benda2 ni semua? Sedangkan kebanyakan bdk2 terutamanya student2 Borneo mcm aku, biasanya dah pun menempah tiket paling kurang 2 bulan sebelum flight. Kurang peka kah bdk2 MPPUPM, sampai bbrp hari lagi final exam nak tamat baru tergocoh2 nak announce benda ni. Tak cukup dgn tu, tempoh masa diberi utk bagi nama cuma SEHARI sahaja. Dangkalkah korang?
Perkara pelik no. 3
Pengumuman yg dibuat tu takde langsung menyatakan ttg brp peratus diskaun yg boleh diberi berbanding harga sedia ada. Halo, kalau dah harga tiket bertarikh 27 disember sehingga awal januari tahun dpn (mostly mmg rm200-300 ke atas), sekadar nak bagi diskaun 20% baik tak payah. Bdk2 yg dah bgtau nak tempah tiket diskaun tu, takkan nak tarik balik tempahan walau diorang tak setuju dgn harga yg diberikan sekalipun, nak tak nak kne beli jugak.. betul tak?
Berapa lama aku tunggu AirAsia buat promotion bbrp minggu lepas, sbb tiket utk balik semula ke UPM tersangatlah mahalnya nak mampos. Tapi bila diorg buat sale, tiket2 yg sepatutnya dibeli oleh golongan student tak berganjak sikit pun harganya. Aku malas nak komen pasal AirAsia, sbb diorg ni bab2 menipu psl sale dan harga tiket mmg boleh diberi gelaran ratu ANJING dah. Tapi, apa tindakan pihak MPPUPM masa tu? Kenapa tak buat benda ni awal2, secara official supaya semua student boleh memanfaatkannya? Nak taknak kebanyakan student 'seberang' mcm aku ni kena la jugak terima hakikat, utk membeli tiket flight yg harganya 5 kali ganda dpd tiket2 bas puduraya yg biasa dibeli oleh budak2 MPPUPM tu!!!!!
Aku kat sini dah final year, ok. Benda2 mengarut mcm ni, kalau nak dikumpul2 dan aku ingatkan balik.. mmg aku sakit hati. Spend duit beribu2 setiap tahun hanya utk tiket flight seumpama dah jadi asam garam utk kami ye. Dah lali dah. Dah lupa pun dgn kewujudan MPPUPM yg lembab tu, dah lupa pun rupa2nya diorg boleh menggalas tanggungjawab meringankan BEBAN KEWANGAN STUDENT!! Tapi tengoklah, baru sekarang nak buat something, sedangkan dah brp lama benda mcm ni berlarutan? Ke sebenarnya korg buat semua ni sbb ada kepentingan tertentu? Udang di sebalik mee ker?
Persoalannya kembali lagi kpd pokok. Budak2 MPPUPM tak pernah naik flight ke, yg diorang nak samakan beli tiket AIRASIA mcm tiket bas TRANSNASIONAL dan DURIAN BURUNG???

Ragam pemandu bas...
oleh sorensen pada 19 Oktober 2009 dalam jiwa
Pagi td aku bangun dgn rasa tak sihat, badan yg sangat lemah dan perasaan yg sgt2 uncertain sama ada utk pegi ke kelas atau tidak. Tapi aku gagahkan jugak utk turun pd pukul 8 pagi tu sbb hari ni kelas dr. afida start pukul 8.30. Masuk bas 8.15, aku ingatkan dh ok. Alih2 tengok driver bas yg aku dah naik tu suruh pindah gi bas kat blkg plak sbb dia nak bwk bas tu gi mana ntah.
Dan dari situlah, kisahnya bermula.
Driver bas yg lagi satu ni adlh sorg pakcik yg dah kelihatannya agak berusia. Masuk2 bas je, dah kuar statement sentap. Masa tu jam dah menunjukkan pkl 8.35, bila dia tanya aku kelas aku start pkl brp. Aku selamba jela ckp kelas aku start 8.30. Pastu dia kata la kat aku, "Abis mcm mana ni, dah 8.35 ni dh lambat.. ko tak perancang masa ke?". Aku ckp la nak wat cmne, dah lama tgu bas kat dpn td gerak tak bergerak2 jugak. Masa tu la dia start sound aku dgn lebih advance, bgtau yg sepatutnya aku ni kena rancang benda2 masa ni sume, yg sepatutnya aku ni kena tunggu bas dr pukul 6.30 lagi supaya aku tak lambat ke kuliah. Aku pun.. OK.. then baru je aku nak pakai aku nye earphone dgr lagu Love Game, tah mcm mana bermula plak sesi "perluahan perasaan" dia kat aku. Sbb aku dh duk kat dpn, aku dgn x relanya tpaksa la dgr jugak..
Mcm2 la yg dia ckp. Bermula dpd tanya asal aku dr mana. Bila aku ckp aku asal sarawak, dia pun bgtau.. betapa bertuahnya aku dlm usia2 muda mcm ni dh dpt naik KAPAL TERBANG. (?). Dia smp skrg ni pun xdpt2 naik lagi katanyer. Pastu kata aku ni bertuah sbb pegi kelas ada bas yg dtg amikkan (?) sedangkan masa dia dlu kne jalan kaki 4 batu tiap2 hari utk smp ke sekolah. Sampai la ke tahap dia citer masa zaman2 dia dulu, still pakai coin queen elizabeth lagi. 1 sen masa tu sgt berharga katanyer, ala.. mcm yg mak ayah korang pnh citer kat korg la kan.. mesti korg pnh dgr. Mcm tu jugak aku.
Sbb tu la masa tu, tiba2 aku teringat kat bapak aku..
Dan pd masa yg sama aku pun terfikir gak.. "Driver bas ni KENAPA?"
Masa tu la baru aku sedar, bhw aku rs sangat bangga ada ayah mcm bapak aku skrg ni. Yup, seorg bapak yg mungkin pd org lain sgt typical sifat kebapakkannya. Selalu berleter, suka org dgr bila dia bercakap. Dan selalu buat perkara yg sama mcm yg pakcik driver bas tu buat kat aku td, bercerita sesuatu ttg kisah silam dia yg kemungkinan korg xnak tau atau korg rs xde kaitan dgn korg sikitpun. Tapi, kenapa aku kata aku lebih prefer bapak aku yg citerkan keperitan hidup dia berbanding dgn pakcik tu?
Ya, sbb bapak aku berjaya mengubah nasib keluarganya. Manakala pakcik bas tu xde apa2 yg dpt dibuktikan pun dgn menceritakan sume tu kpd aku, melainkan secara tak langsung memberitahu betapa dia sbnrnya tak cukup bersungguh2 suatu ketika dulu sbb cuma dpt jd driver bas je skrg ni.
Pak cik,
Sebagaimana pakcik, ayah saya dulu pun org susah. Kalau pakcik kata, pengalaman pakcik berjalan ke sekolah sepanjang 4 batu sudah cukup memeritkan.. ayah sy pnh menghadapi caci maki hamun masyarakat sekeliling sbb hidup yg susah. Tak cukup dgn itu, adik beradik yg ramai tu semua dia yg bantu datuk dan nenek kami tanggung sara hidup. Atas kesedaran itulah ayah saya tekad utk mengubah nasib hidup keluarga. Dpd menjadi pekerja kilang kayu, dia memulakan langkah dgn belajar pertukangan emas di kelantan pd awal tahun 70-an, sehinggalah memasuki maktab perguruan selepas itu.. alhamdulillah, pd tahun 2005 yg lalu ayah saya sudah bersara. Bersara dpd menjadi guru besar sekolah, dan smp ke hari ni masih lagi mendapat wang pencen lumayan hasil titik peluh usahanya selama berpuluh2 tahun tersebut.
Dan pakcik rasa perjalanan hidup sy pun sgt mudah mcm yg pakcik sangka?
Pernahkah pakcik menggalas tanggungjawab spt saya, yg mana selama 25 tahun saya perlu menjaga nama baik ayah saya yg sgt dikenali di tempat kami.. kerana betapa segannya sahabat2nya dan masyarakat sekeliling terhadap dia. Kenapa? Kerana ayah sy adalah seorang bekas GURU!!!
Hidup senang bukan bermakna hidup boleh menjadi mudah ye pakcik. Pakcik tak pernah melaluinya, jd pakcik tak pernah rasa..
Sekurang2nya dgn menceritakan kesusahan yg dialaminya dulu, ayah sy ada sesuatu utk diceritakan tentang perkembangan dlm hidupnya. Dan pakcik pula? Adakah pakcik berjaya seperti dia? Hanya kerana pakcik sudah berusia, pakcik rs pakcik layakkah menceritakan semua keperitan hidup pakcik.. wpun takde apa yg pakcik nak buktikan kpd saya dpdnya?
Pd aku, ada sesetengah masa kita tak layak membandingkan pengalaman kita dgn org lain.. terutamanya secara massive kpd org yg kita tak kenali. Aku bukanlah mempersoalkan kelayakan pakcik bas tu utk memberi teladan kpd aku. Tp aku sedikit terkilan dgn cara dia menyampaikan nasihatnya. Seolah2 aku ni tak pernah menghargai apa yg aku nikmati skrg. Dan dia membuat aku rs seolah2 aku xpnh menghargai org tua yg membesarkan aku selama ni. Dan yg paling penting, dia buat aku rasa yg sebahagian dpd hidup aku kat sini perlu dihabiskan hanyalah UNTUK MENUNGGU BAS!!!
Mungkin sikap pakcik tersebut mmg suka menunggu. Dan sbb itulah dia tak berjaya, sebagaimana berjayanya ayah aku.
Sem depan sy tunggu bas lepas subuh la ye pakcik. Kot2 la suasana edaran bagi extra income ke kalau pakcik wat OT kan :)
Maxis Prepaid Broadband
oleh sorensen pada 12 Oktober 2009 dalam info, isp, kehidupan, teknologi, telco
Dalam situasi perkhidmatan uSPOT yg tak berapa menentu sekarang ni, aku bersyukur sgt2 sebab ada alternatif lain utk mengakses internet dari bilik. Akhirnya, tujuan utama aku membeli henfon 3G akhir tahun lepas menjadi kenyataan jugak.. apabila baru2 ni Maxis memperkenalkan prepaid broadband, sebagaimana yg telah diperkenalkan oleh Celcom sejak lama dahulu.
Berbanding dengan Celcom prepaid broadband, aku mmg definitely akan prefer yg Maxis punya yer. Ops, jgn salah faham.. takde kaitan langsung dgn entry mencharot Celcom yg sebelum ni yer. Kalau ada pun mungkin pengaruhnya cuma sikit je, sbb utamanya adalah dulu aku pernah try guna Celcom prepaid broadband guna henfon aku ni. Dan kesudahannya tersangatlah hampeh, buat rugi aku je bli RM6 utk akses sehari tapi langsung tak dpt connect. Mesti celcom tengah upgrade system masa tu kan? Ke tak cukup node sbb permintaan terlebih 50 juta kali ganda berbanding hari2 lain? Xpe, pegi mampos aku taknak tau..
Bila aku nampak iklan Maxis prepaid broadband bbrp minggu lepas, mmg aku dah nak try sbnrnya. Saje je nak tengok kualiti dia mcm mana, tapi ms tu takut membazir plak sbb uSPOT tgh mencanak laju katanyer. Tapi bila dah jadi mcm skrg ni yg buat lutut aku lemah. Bukan pe, sehari tak online boleh menggigil rsnya badan aku ni, silap2 parang panjang nanti terbang kat uSPOT center tu. Oleh tu, dua hari lepas aku pun try la beli access sehari punya (RM8). Dan inilah apa yg aku dapat:
Tu baru speed aku pakai henfon 3G biasa, belum pakai modem HSDPA lagi.. kalau tak xtau la brp speed aku blh dpt. So bila masalah uSPOT berulang lagi siang tadi, aku terus beli access utk seminggu (RM25) tanpa berfikir panjang. Bagi pengguna internet tegar mcm aku, harga biasanya tak jadi mslh. Celcom boleh kata diorg punya menang dr segi harga, sbb charge diorg seminggu cuma RM20 je. Tapi bab2 gangguan service mmg tak boleh dimaafkan, especially kalau mcm skrg ni mmg aku ada workload penting utk diselesaikan dan aku sgt memerlukan internet. Aku sebagai pengguna dah boleh memberi bukti nyata tentang service mana yg lebih sesuai digunakan. Apa kata korang? Tepuk dada, tanya selera. Tapi jgn tunggu sampai kena sawan ok, dah terlambat plak nanti :)
Rokok dan mentaliti masyarakat kita...
oleh sorensen pada 10 Oktober 2009 dalam info, jiwa
Entri kali ni bukanlah berniat utk menyinggung mana2 pihak, tapi hanya berdasarkan pendapat peribadi aku semata2. Dah lama juga kot rasanya aku pendamkan hal ni, dan secara kebetulan aku terbaca satu entri oleh saudara megat membuatkan aku rasa terpanggil utk memberi sedikit pandangan mengenainya.
Berbeza dengan kebanyakan pendapat lain, aku akan meletakkan pembaziran wang di tempat terakhir utk isu ni. Sbb tu bila aku terbaca beberapa entry tentang rungutan mengenai kenaikan harga rokok, bg aku ia tak menjadi mslh. Berdasarkan apa yg aku baca (aku hanya membaca dan tak pernah mengalaminya) rokok bagi para perokok sudah boleh diumpamakan sbg makanan ruji kedua. Kerana alasan yg diberi setiap kali mendapat larangan menghisap rokok (terutamanya dpd org yg tidak merokok) seolah2 mereka yg tidak merokok itu melakukan pencabulan hak asasi manusia kerana menasihati mereka. Tidak tahu pula aku rupanya nasihat ke arah kebaikan cuma relevan utk sesetengah masa saja. Rupanya, mengikut kepentingan juga ya ;)
Dan aku pun tak nak ambil tau psl kempen2 berhenti merokok terutamanya yg dianjurkan oleh kerajaan. Ya, yg itu mmg aku akui membazirkan duit kerajaan. Sbb nak buat iklan, nak cetak poster2 tu semua memakan kos yg tinggi, dan kalaulah benar tulisan luahan yg aku baca dari sesetengah perokok2 yg berkenaan.. sesiapapun tak layak memberikan nasihat kpd diorg melainkan cuma perokok tegar yg betul2 dah berjaya berhenti.. yg mana "stok2" golongan ni juga sangat terhad. Benar? ;)
Ketagihan rokok pada kebanyakan masa adalah didorong oleh kehendak psikologi. Aku terbaca satu artikel ringkas di sini dan ternyata ia diakui sendiri oleh para perokok. Ada perokok mengakui mereka mampu berhenti sementara ketika berpuasa, namun ketagihan itu akan kembali setelah ramadhan berlalu. Jangan ditanya pd aku apa sebabnya, hanya perokok yg berkenaan sajalah yg faham kenapa. Disebabkan itulah aku tak dpt nak terima, kalau ada perokok yg berniat utk berhenti memberikan alasan bahawa nikotin dan bahan2 kimia di dalam rokok adalah semata2 menjadi punca kepada ketagihan mereka.
Di sebalik semua alasan dan dalihan yg diberikan, ia berbalik kepada niat kita. Kpd para perokok, nasihat yg diberi adalah utk kebaikan anda juga. Ingatlah, semakin banyak alasan yg anda beri, semakin terjejas jugalah kesihatan anda. Dan anda mungkin akan melibatkan org di sekeliling juga secara tidak langsung, terutamanya ahli keluarga anda sendiri. Secondary smoker mendapat risiko berpenyakit lebih tinggi berbanding perokok sendiri, tidakkah anda kasihan pd mereka yg anda sayangi dan menyayangi anda? Ayah aku dulu merokok ketika zaman mudanya, dan sekarang dia mengalami gejala alergi udara (kesesakan nafas pd sesetengah waktu, disertai hidung tersumbat) dan aku turut mewarisi penyakit itu dpdnya wpun aku tak pernah merokok. Sanggupkah anda melihat anak2 anda menjadi seperti aku, mendapat penyakit yg diwarisi akibat perbuatan anda sebelumnya?
Isu ini tidak akan selesai selagi masih ada yg merokok. Oleh yg demikian utk para perokok, cubalah sedaya upaya untuk berhenti. Tidak boleh juga kalau mengatakan perokok mementingkan diri sendiri, kerana golongan yg berjaya berhenti merokok mmg ada dan aku kagum dgn usaha mereka. Kpd yg tak pernah atau belum pernah merokok, tidak perlulah memulakannya.
Diharap para perokok tidak berkecil hati dgn apa yg aku luahkan. Kalau ada yg terasa dgn tulisan ni, korang maafkanlah aku. Sekadar renungan kita bersama, ok :)

@socasnov
Pautan
Label
#stop114a
(1)
awards
(1)
belasungkawa
(3)
berita
(2)
blackberry
(2)
crocs
(2)
dubai
(4)
hiburan
(22)
info
(28)
isp
(4)
jiwa
(72)
kehidupan
(90)
mamee sllrrrp
(4)
omar
(20)
pengumuman
(1)
peristiwa
(32)
sony ericsson
(8)
teknologi
(37)
telco
(8)
youthsays
(2)