Haifa Wehbe - Ma T2oulch L7add

oleh sorensen pada 24 Oktober 2008 dalam

Ni la dia aku kalau byk sgt masa 'terluang'.. asik nak buat posting je. Hehe! Dah lama sgt aku tak letak lagu arab kat blog ni, bkn pe.. tak jumpa yg menarik. Cuma baru2 ni aku terjumpa lagu baru Haifa Wehbe ni ha.. tajuk lagu Ma T2oulch L7add.. semoga terhibur!



Comments seterusnya...

Menenangkan fikiran...

oleh sorensen pada 23 Oktober 2008 dalam ,

Kalau ikutkan.. mmg malas betul rasanya aku nak balik ke kolej hari ni. Mana taknya.. minggu ni dah masuk study week. Balik ni pun sbb nak settlekan penempahan bilik stor utk tinggalkan barang2 masa cuti nanti, dan sbb nak htr email kat lecturer aku utk siapkan assignment wikisite ktorang tu. Semenjak isnin lepas sampai pagi tadi sebenarnya aku lepak rumah omar kat cheras. Bosan.. kalau lama2 sgt terperam kat kolej ni aku boleh jadi gila!

Tak pegi mana2 sgt pun ms lepak dgn omar hari tu. Cuma hari selasa tu, aku bernasib baik sgt sbb housemate omar, paan, tak gi keje sbb cuti. So dia pun ajak la aku, omar dgn boy kuar, hilangkan bosan. Lepas bincang2 dan setuju utk share duit minyak kereta, teka dia bawak ktorang ronda pegi mana?

Seremban, N9.
(buruk benar shot gmbr tu.. huhu)


First skali, paan bawak ktorang pegi ke taman malaysia. Rasa nak tergelak jugak aku. Mana taknya, bayangkan masa tu jam dah dekat 5.30 petang.. pastu tetiba kuar dpd kereta rasa mcm amazing race plak bila paan bawak jalan2 sekitar taman tu. Cantik tempatnya, mengingatkan aku pada taman sebangkoi kat sarikei.




Lepas habis ronda taman malaysia, ktorang ke jusco seremban 2. Besar shopping complex ni rupanya, sebijik mcm pavilion kat kl. Temankan diorang karaoke, pastu gi mcd beli aiskrim.

Aku terharu betul dgn paan ni. Dia mmg baik sgt. Ingatkan cuma ajak ronda bandar seremban je. Rupanya lepas tu dia ajak ktorang gi rumah grandparents dia k.. sempat lagi ktorang merasa masakan tradisi nogori tok wan dan kuih2 raya yg masih ada. Thx paan.. insya allah next time kami bertandang lagi.

So masa yg lebih tu, ktorang duk kat penara je (nama flat omar). Sekali sekala pegi cc, 'scanning' apa yg patut dan balik tido ;)


Comments seterusnya...

Isu kolej masuk PAPER?

oleh sorensen pada dalam

Ehem.. hari ni ANA terbaca berita tentang isu sebuah kolej kediaman di 'sebuah IPTA' yg 'menyepak' @ 'menendang' student tanpa sebarang sbb dan notis. Wah2... memang kelas pihak pengurusan kolej tersebut. Familiar plak tu, maklumla.. kat sana kan tempat tinggal bakal2 pak guard dan mak guard negara kita pada masa hadapan. So kne la practice aktiviti 'tendang dan sepak' sbg basic kerjaya diorg kan?

Berita tu dah tersebar bersepah2 hari ni kat paper. ANA dah baca ttg hal ni dpd sebuah laman web 'berita bebas' seminggu lepas.. tapi tak tau pula sampai masuk ke 'lobi parlimen' dan masuk paper bagai. Alahai, tu la.. Tuhan tu maha besar tau. Doa org yg tertindas selalu akan makbul ok. Dikatakan bhw pelajar2 cemerlang berkenaan ditendang atas sebab tak membayar yuran kolej. Eh2.. tapi apa yg ana dgr la kan, sebenarnya diorg dah bayar yuran kolej awal sem ni. Tapi, tiba2 didapati status pembayaran yuran kolej diorg 'digugurkan' pada hari yg berikutnya.. itu apa yg ANA dgr la.. dpd statement yg diorg dpt dari BHEP ipta berkenaan. Nape statement tu tak kuar kat dalam paper ye?

Tu la.. lain kali jgn suka main2kan kuasa student. Kpd pihak pengurusan kolej berkenaan: Apa uols ingat, student ni study kat ipta free ke.. pakai fulus mak ayah uols ke nak survive kat sini? Apa uols ingat bangkai gajah bagai tu boleh ditutup dgn kanvas bazar ramadhan ke utk menutup baunya?

Eh2.. lupa pula. Kolej berdekatan yg terletak kat 'bawah bukit' tu, tak terasa tempias ke? Mesti punggung felo 'blok yg satu tu' dah mula meruam sekarang ni kan? Takpe.. tak lama lagi sampai la giliran uols pula :)


Comments seterusnya...

Masih beraya lagi?

oleh sorensen pada 20 Oktober 2008 dalam

Mcm dah jadi tradisi pula. Seperti tahun lepas, apabila balik je dpd cuti raya.. biasanya raya ni takkan abis lagi. Semalam aku dgn nordin bertandang ke kpz.. tujuan utamanya hanyalah utk menjenguk angah yg dah berada di sana selama 3 hari sbb nak konvo. So masa ni dia tgh duduk skali dlm bilik member yg ada kat sana lah. Hari tu bz so baru tadi dpt peluang jumpa angah. Rinduuu sgt2 kat dia!

Tah cmne dlm pada borak2 tu, baru la ktorang tau rupanya diorg nak pegi ke rumah abg shafik kat kelana jaya. Pegi beraya katanyer. Haih.. mcm kebetulan plak aku dgn nordin tgh ada kat situ, so diorg pun ajak la skali... dlm dekat sejam kot baru ktorang sampai, sbb sebelum tu angah pg htrkan abg dan his mom ke IOI sbb diorg akan tinggal kat sana ms angah konvo ni. Sampai kat rumah tu ktorang disambut la dgn mesra oleh family shafik. Makanan best siot, ada satey, nasi impit, kuih2 raya dan yg paling menarik perhatian aku adalah nasi tomato yg dihidangkan. Bkn apa, sbb rasanya sedap sgt dan hampir2 terasa seperti nasi briyani, kalau tak kerana ayam tomato yg dihidangkan bersama harus aku dah confuse...

Balik dpd rumah shafik ktorang singgah kat mines kejap. Beli pape yg patut, pastu terus balik kpz. Aku ngan nordin tak lama lepas tu, borak jap.. bila angah balik dpd
jemput his mom kat alamanda putrajaya, ktorang pun minta diri..

Sebelum balik, aku sempat peluk angah. I will miss him so much. Lepas ni bila la agaknya ktorg akan jumpa lagi.


Comments seterusnya...

Kemeja polo KALIS PELURU

oleh sorensen pada 15 Oktober 2008 dalam

Mungkin baju kalis peluru biasa tidak sesuai digunakan dalam semua jenis keadaan. Namun demikian, keselamatan menjadi keutamaan walau di mana sahaja anda berada. Seorang pereka fesyen dari Columbia, Miguel Caballero telah mencipta kemeja polo kalis peluru. Ia diperbuat dpd fabrik kalis peluru ultra-ringan dan menampilkan ciri seperti 'ballistic panels' mudah alih. Ciri ini mampu menangkis tembakan dpd pistol 9mm. Caballero telah mendapat penganugerahan 'Armani of armor' dan telah berjaya menarik perhatian golongan berprofil tinggi seperti Prince Felipe dari Sepanyol, Presiden Alvaro Uribe dari Colombia dan Presiden Hugo Chávez dari Venezuela. Kemeja polo ini adalah sebahagian daripada koleksi Black Label Caballero, yang mana turut menampilkan baju tuksedo kalis peluru.

Produk rekaan Caballero ini telah pun dipasarkan di Amerika Selatan, namun kini juga boleh didapati di gedung membeli belah Harrods London pada harga USD12,000 (+/- MYR41,934).


Dipetik dan diubahsuai daripada Gizmag.com



Comments seterusnya...

Nak final dah?

oleh sorensen pada 13 Oktober 2008 dalam

Tak terasa pun. Baru lepas balik dpd kampung beraya, tetiba dah masuk minggu ke-14. Tak lama dah nak final ni. Paper aku start 29hb oktober, habis 6 november. Pastu dah balik kampung balik, flight 9 november. Alahai.. slip exam tak amik lagi ni. Harap2 la tak kne laha dgn dr chan hari rabu nanti.. huhu..


Comments seterusnya...