Selamat Hari Raya semua...!

oleh sorensen pada 28 September 2008 dalam


Haih.. dek kerana kesibukan di kampus, blog aku ni dah jadi mcm gua batu kapur dah rasanya.. lama sgt ditinggalkan takde entry baru. Adoi... selama sebulan ni, mmg kesibukan aku pada tahap yg tak dpt dimaafkan! Masa tulis entry ni aku dah dkt lcct, as usual la kan hobi aku mcm biasa menunggu flight pagi esok pukul 7. Tapi aku dah tak mampu nak feeling2 la balik raya ni. Bak kata nordin, kerja melambak. Utk pengetahuan korang, lepas cuti nanti aku still ada 2 paperwork yg nak kne hantar, 2 presentation nak kne buat, 1 website dan satu wikisite yg perlu disiapkan. Dan lebih malang, minggu selepas raya adalah minggu ke-13.. minggu kedua terakhir sebelum tamat kuliah sem ni! Maknanya? Lepas habis settlekan kerja2 tu.. terus kne study plak utk final. Doakan la supaya aku tak 'tertido' terus lepas tu ye!


Plan aku dulu sbnrnya taknak bawak barang byk sgt utk balik raya ni. Yelah, cuti pun seminggu je tapi last2 kne jugak bawak luggage bag. Sbb mgu lepas aku belikan biskut raya yg mak pesan, 8 bekas plak tu. Ntah apa la nasib aku masa nak check in pagi esok, harap2 xde la kne charge overweight rm15/kg tu. Mintak dijauhkan.. fuh fuh!!

Lagi satu benda yg tak brape best, sbb 2 org cousin aku yg paling rapat tak dpt balik kampung. Roy x dapat balik sbb nak tamatkan practical dia 18/10 ni, nurul plak sbb terlewat plan beli tiket, dah mahal sgt so xdpt balik. Aku ni pun bernasib baik je, sbb dah tempah sejak bulan mei lepas.. kalau tak.. mrasa la nyanyi lagu dendang perantau kat k12.

Oklah, dgn ni aku ucapkan slmt hari raya pada korang semua. Maafkan salah silap, kekasaran bahasa yg aku dah buat k. Semoga semuanya happy di samping family tersayang. Pada yg beraya di rantauan tu, sabarlah. Kegembiraan bermula dari hati, kalau kita sentiasa optimistik.. kesunyian takkan wujud dlm kamus hidup ok!


Comments seterusnya...

Kena block? Tak kisah!

oleh sorensen pada 20 September 2008 dalam


Nak buka satu2 website tapi tak boleh sebab server dah block? Nak download lagu dpd rapidshare tapi tak dpt sebab ip dikongsi bersama user lain? Ataupun nak mengetahui sesuatu kebenaran tapi mata anda diBUTAkan daripada mengetahuinya?

Kawalan. Sekatan. Halangan. Apapun juga namanya, ia memang tak menyenangkan. Ia membuatkan anda terasa tidak bebas, diperlakukan seperti anak kecil, dan tidak mustahil terasa seperti DIPERBODOHKAN! Tapi syukurlah, ada segelintir insan pakar yg prihatin terhadap nilai kebebasan individu. Hasilnya sekarang, tiada masalah lagi! Memperkenalkan UltraSurf
, aplikasi mini yang mampu membuka kekunci virtual yg membelenggu hidup anda!

Penggunaan aplikasi ini cukup mudah. Tidak perlu instalasi, hanya muaturun aplikasi tunggal dari http://ultrareach.net/ dan run aplikasi berkenaan. Ia berfungsi menyamarkan proxy asal di sebalik proxy lain agar segala alamat ip/web yg telah disekat oleh sesuatu server terhadap client dibawahnya akan dapat dibuka. Pada asalnya, software ini direka khas untuk pengguna internet di China, yg mana sememangnya dikenali dgn masalah sekatan dalam talian yg terlampau ketat. Ianya selamat digunakan; menyembunyikan alamat ip yg asal dan lokasi anda, dan membersihkan ruangan cache dan cookies setelah digunakan. Aplikasi ini berfungsi dgn baik untuk pengguna Internet Explorer. Walau bagaimanapun, pengguna Mozilla Firefox juga boleh menggunakannya dgn syarat setting pada ip ditukarkan pada local ip (127.0.0.1).


Tunggu apa lagi.. bebaskan diri anda. Dapatkan UltraSurf SEKARANG!


Comments seterusnya...