Ke Putrajaya..
oleh sorensen pada 28 Oktober 2007 dalam kehidupan
Oh ya, dlm minggu ni gak aku ada beli satu benda baru iaitu..
Debaran final exam..
oleh sorensen pada 19 Oktober 2007 dalam kehidupan
Matila lagu feveret!!!
oleh sorensen pada 09 Oktober 2007 dalam hiburan
بحبك وداري ليلي ونهاري عملت لقلبي ايه
عينك حابيبي جرحتلي قلبي ورومش عينك تداويه
انا وليالي عشاق يا غالي عشاق بقلنا زمان
داريت عليك وروحي فيك معلش قصدي اشوقك
عينك حابيبي جرحتلي قلبي ورومش عينك تداويه
انا وليالي عشاق يا غالي عشاق بقلنا زمان
لوكان عليه حيدوب اكيد وبنظره مني حعلمو
وحغلبو وغلبو عشان عيونه يسلمو
انا وليالي عشاق يا غالي عشاق بقلنا زمان
Kemeriahan mula terasa!
oleh sorensen pada 08 Oktober 2007 dalam peristiwa
Heheh, tapi tu bukan la maknanya takde pape langsung yg aku buat tadi.. (kalo x takde la aku nak bukak posting baru bagai kan? hiks!) Haa.. tiba2 datang la ilham utk mengajak member sekampung aku si zaki ni kuar berjalan kejap, maklum la bukan selalu pun boleh tengok kampung2 kat tempat aku ni ramai orang kan.. biasanya kalo pkl 8 mlm tu dah gelap gelita dah, tapi dkt2 nak raya ni harus la xbleh lari dpd dentuman2 mercun dan sinaran lampu minyak tanah yg tipikal tu.. Ktorang berjalan dlm pkl 8.30 gtu, ms tu mmg dah ramai org lain yg kuar berjalan. Apa yg diorang nak tengok sebenarnya ye? Haa.. kalo korang nak tau, tempat aku ni ada tradisi tahunan, bila menjelang hari raya akan dibuat pertandingan pintu gerbang antara kampung! So, diorang2 ni (termasuk aku) taknak la lepas peluang tengok2 pintu gerbang kampung mana yg paling best. Aku pun amik la peluang snap2 cket utk tatapan korang sumer.. tapi bagi aku pintu2 gerbang tahun ni agak kureng meriah cket la.. wpun nampak cantik tapi ada satu kekurangannya, sume pintu gerbang dah guna lampu letrik takde dah yg guna lampu minyak tanah.. rindu rasanya nak tgk pintu gerbang ala2 tradisional tu, ramai yg taknak buat lagi sbb harga gasolin skrg dah mahal sgt, tu yg nak cut-cost tu..
Ni la antara pintu gerbang yg aku sempat snap.. ada beberapa buah lagi yg aku x tangkap gambarnya atas sebab kesesakan lalu lintas.. tadi pun cket lagi moto aku dgn zaki nak kne langgar dgn kete ms org tu nak kuar simpang.. bongek betulla, buat terkejut ktorang je!
Gerbang Kampung Melango Lama
Gerbang Kampung Melango Baru
Gerbang Kampung Masjid
Gerbang Kampung Bunga Raya
Ok ar, prepare la hari raya seadanya takyah membazir. Yg penting tingkap2 tu jgn lupa lap plak.. buat penat je mak kat rumah jahit langsir baru cantik2, tapi kalau tingkap kotor nak bt pe...
Aku dan lagu arab...
oleh sorensen pada 04 Oktober 2007 dalam hiburan, kehidupan
heheh.. utk posting kali ni aku nak citer ttg cmner dalam beberapa ketika ni aku tiba2 "terminat" dgn lagu arab. utk pengetahuan korg, aku sebenarnya dah lama minat lagu2 arab ni.. semenjak zaman pascale machaalani tgh ngetop dgn lagu nour el chams awal2 tahun 2000 dlu.. tapi ntahla mungkin sbb exposure ttg artis2 arab ni jadi kurang lepas tu, minat aku terus padam macam tu je..
Nancy Ajram (نانسي عجرم)
Haifa Wehbe (هيفاء وهبي)
Aku sukee!!!
Madeline Matar (مادلين مطر)
Yg ni lagiii aku sukeee!!!!
Aiyo... kalau nak diceritakan apa yg dah berlaku dgn aku berkenaan obsesi dgn artis2 arab ni, mmg aku xthn.. cuma aku, dabong dan budak2 bilik 309 jela yg tahu betapa dahsyatnya penangan artis2 arab terhadap kitorang.. antaranya adalah:
1) menggunakan simbol huruf arab ketika bersms dgn dabong (7 mewakili huruf ha, 3 = ain, 2 = hamzah, 6=tha dsb)
2) bercadang mengemukakan permohonan kepada bahagian kad pintar, utk menukar ejaan pada kad matrik kitorang kepada huruf2 arab
3) menyanyi lagu Bahebak Wadari (oleh Madeline Matar) ketika berbuka puasa (cmne tu?)
dan yg paling dahsyat..
4) berangan utk mendapatkan status kerakyatan Lebanon hanya kerana obsesnya kitorang terhadap artis2 & slanga bahasa arab diorg (yg berbeza dpd bhs Arab Mesir).
Bila citer pasal ni mmg aku xthn nak gelak.. even skrg ni pun aku tgh gelak..
Nasib baik youtube tgh breakdown masa aku tulis blog ni, kalau tak korang tau la apa yg dah terjadi kepada aku dgn dabong.
Oh ya.. ni nama arab aku:
3'aznawe7be Fares al-Ma6ar
(غزناوحبي فارس المطر)