Aina Abdul - 세피 (Sepi) Versi Bahasa Korea

oleh sorensen pada 19 Jun 2021 dalam

 


Lirik (한글):

외로운 내 마음 속에
가시 같은 고독에 잠겨
내게 계속 속삭이네요
애절하게

절대 포기하지 않아
힘겨워도
폭풍아 거세게 불어와라
처량한 영혼을 털고
일어서서
그 자리에서
꿈을 계속 꾸자

가시가 돋힌 길에서
두려움없이 나아가네
조금은 아프다해도 Ah~

절대 포기하지 않아
힘겨워도
폭풍아 거세게 불어와라
처량한 영혼을 털고
일어서서
그 자리에서
꿈을 계속 꾸자

넘어져도 난 괜찮아
이 고통을 버틸 수 있도록

절대 포기하지 않아
힘겨워도
폭풍아 거세게 불어와라
처량한 영혼을 털고
일어서서
그 자리에서
꿈을 계속 꾸자


Transliterasi:

Wae-ro-on nae ma-eum so-ge
Ga-shi ga-teun go-dog-e jam-gyeo
Nae-ge gye-sok sog-sa-gi-ne-yo
Ae-jeol-ha-ge

Jeol-dae po-gi-ha-ji anh-a
Him-gyeo-weo-do
Pog-pung-a go-se-ge bur-o-wa-ra
Cho-ryang-han yeong-hon-eul teol-go
Ir-eo-seo-seo
Geu ja-ri-e-so
Kum-eul gye-sok ku-ja

Ga-shi-ga dod-chin gir-e-seo
Du-ryeo-um-oebsh-i na-a-ga-ne
Jo-geum-eun a-peu-da-hae-do Ah~

Jeol-dae po-gi-ha-ji anh-a
Him-gyeo-weo-do
Pog-pung-a go-se-ge bur-o-wa-ra
Cho-ryang-han yeong-hon-eul teol-go
I-reo-seo-seo
Geu ja-ri-e-so
Kum-eul gye-sok ku-ja

Neom-eo-jyeo-do nan gwaen-chanh-a
I go-tung-eul bo-til su itt-do-rok

Jeol-dae po-gi-ha-ji anh-a
Him-gyeo-weo-do
Pog-pung-a go-se-ge bur-o-wa-ra
Cho-ryang-han yeong-hon-eul teol-go
I-reo-seo-seo
Geu ja-ri-e-so
Kum-eul gye-sok ku-ja


Comments seterusnya...

Kisah Omar: Mengenang lima tahun pemergiannya

oleh sorensen pada 21 Julai 2017 dalam , ,

17/9/2012. Aku tahu tarikh itu, dan aku tak akan lupa sampai bila-bila.

Tapi entah kenapa kebelakangan ini ingatan aku terhadap arwah Omar menjadi kuat kembali. Mungkin kerana ini bulan Syawal, iaitu bulan perginya Omar lima tahun yang lalu. Dan bulan Mac lepas pula kami dikejutkan dengan pemergian Satimi (Tim), rakan seangkatan di Unimas.

Maafkan aku Tim. Tiada entri khas belasungkawa buat kau. Pemergian setiap sahabat itu sakit, ya. Dan mungkin pemergian kalian yang berturut-turut menyebabkan rasa sakit itu menjadi kebal di hati aku. Tapi, kepergian Omar yang sangat memberi kesan menyebabkan air mata aku sudah kering dan perasaan aku sudah tepu daripada dirundung walang.

Atau sekurang-kurangnya, itulah watak yang sedang aku bawa sekarang. Watak seorang manusia yang kuat menempuh segalanya.

Inilah realitinya, Omar. Ilmu lakonan yang pernah kau "curahkan" dulu, aku aplikasikan setiap hari, sepanjang masa. Dalam kehidupan sebenar. Ya Allah! Palsunya terasa diri ini sekarang. Satu-satunya tempat aku akan menjadi diri sendiri hanyalah di dalam bilik, atau di tempat kerja apabila sedang berseorangan. Di depan saudara mara, aku menjadi talkative dan suka bercerita. Di depan pelanggan, aku menjadi seorang yang peduli tentang masalah orang. Dan di depan rakan sekerja? Aku menjadi seorang yang sangat mesra dan lurus bendul. Sedangkan dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa aku menahan rasa dan tangan daripada hinggap ke mukanya kerana dia sangat hipokrit dan bermuka dua!

Permainan dengan watak-watak inilah yang menyebabkan aku diterima, disukai dan mudah dihampiri. Watak-watak inilah semakin lama semakin sebati dengan diri aku sekarang, lima tahun selepas pemergian kau. Aku masih struggle mencari pengganti kau sebagai tempat bersandar serta meluahkan sisi yang satu itu dengan penuh nyata dan jujur. Aku sudah berusaha, tapi pencarian aku tak pernah berjaya.

Akhirnya? Di usia 33 tahun aku masih meraba dalam kegelapan mencari identiti aku sendiri yang telah lama dilupakan sejak kita saling mengenali. Aku masih dibayangi kau, Omar. Setiap hari. Sepanjang masa. Aku semakin tenggelam dan leka dalam ilmu penyelaman karakter yang pernah kau berikan. Untuk disenangi, aku harus menjadi orang lain. Ya, disenangi itu bagus tapi adakah ini sesuatu yang wajar untuk diteruskan?

Julat umur pertengahan usia semakin menghampiri, dan aku tidak bersedia menghadapi krisis yang akan tiba. Di usia 33 tahun, aku dapat merasakan tekanan untuk melangkah ke alam kehidupan yang seterusnya semakin kuat. Menyebutnya juga aku tak sanggup, inikan pula hendak melakukan. Aku buntu, Omar. Di usia 33 tahun, adakah aku sudah kelewatan? Masih adakah ruang waktu untuk aku mencari diri sendiri semula? Dan yang paling penting, adakah sesiapa yang akan memahami dan menerima diri aku yang sebenar seadanya?

Jiwa aku semakin letih mengharungi hari-hari yang berlalu. Aku semakin penat mencari pengakhiran yang tak kunjung tiba. Aku rindu kau, Omar. Aku tak ada tempat mengadu. Bila agaknya kita akan berjumpa semula?


Comments seterusnya...

Alyah - Menunggu Bayangmu (OST Lara Cinta Ameena)

oleh sorensen pada 03 Januari 2017 dalam


Minggu ini adalah minggu akhir tayangan drama Lara Cinta Ameena di TV3. Aku pun baru juga catchup drama ni bermula minggu lepas masa tengah habiskan cuti tahunan, maklumlah tak tau nak buat apa. Apa yang menarik perhatian aku adalah salah satu OST dalam drama ini, yang mana merupakan single terbaru daripada Alyah bertajuk Menunggu Bayangmu. Pada masa post ni ditulis, dikatakan lagu ni masih lagi belum release secara rasmi dan muzik video officialnya juga sedang dalam pembikinan, sebab tu ianya belum pernah kedengaran lagi di mana-mana stesen radio. Apapun, aku memang dah attached dengan lagu ni sebagaimana dengan lagu Kisah Hati pada tahun 2011. Good job Alyah, enjoy!

UPDATE: Alyah melalui Facebook Live pada 21/1/17 telah mengesahkan lagu Menunggu Bayangmu digubah eksklusif untuk Tanah Beris Production bagi soundtrack Lara Cinta Ameena sahaja. Ini adalah hint bahawa tiada videoclip official yang akan diterbitkan untuk lagu tersebut seperti yang dinyatakan sebelum ini. Harap maklum.



Alyah - Menunggu Bayangmu

Ku pejamkan mataku
Merasakan hadirmu
Setiap lara jiwaku
Hanya engkau ku tunggu

Cinta yang pernah hadir
Di hatiku
Masih suci tak berlalu
Ku sedari kasih hanya untukmu

Jalan ini berliku
Hingga lelah nafasku
Degup jantungku rasa
Hilang pudar di mata

Cintaku bayangkan syurgamu
Saat hati rapuh
Rindu hadirlah kau kasihku
Temanilah aku

Aku mencintaimu
Seumurku
Kerna itu yang ku mahu
Tulus hati aku
Masih menunggu

Aku mencintaimu
Seumurku
Kerna itu yang ku mahu
Tulus hati aku
Masih menunggu

Hanya dirimu
Dirimu...


Comments seterusnya...

Kisah Omar: Jawapan yang sekian lama kucari...

oleh sorensen pada 02 September 2014 dalam , ,

Kadang kala ada waktunya fikiran kita didatangi instinct secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab tertentu. Selepas sekian lama blog ini sunyi dari sebarang cerita, rasanya penting bagi aku untuk mencatatkan apa yang berlaku malam ini sebagai rujukan diri sendiri pada masa hadapan.

September adalah bulan ulangtahun pemergian Omar. 17 September nanti, genaplah 2 tahun Omar pergi meninggalkan kami. Walaupun sejak hampir setahun ini aku boleh dikatakan sudah kembali menjalani kehidupan seperti normal dan menerima kenyataan bahawa Omar sudah tiada lagi, sebenarnya ada satu persoalan yang masih kerap bermain di fikiran aku. Aku masih seringkali tertanya-tanya, pada saat akhir hidup Omar, mengapa dia tak pernah menghubungi aku untuk menceritakan apa yang berlaku padanya. Kurang pentingkah aku dalam hidupnya? Atau adakah baginya aku bukanlah sahabat paling akrab walaupun bagi aku dialah sahabat yang paling rapat denganku?

Persoalan ini membuatkan ada ketika aku cuba mencari jawapannya. Sehari selepas Omar pergi, aku telah add akaun adiknya, Chah di Facebook. Dari situ, pelbagai jenis persoalan terjawab tentang bila dan apa punca kematian Omar. Tetapi sebagai sahabatnya aku tak pernah melihat semua yang aku baca itu sebagai memadai. Bagi aku, semua ucapan dan komen yang ditulis oleh kawan-kawannya hanyalah sekadar klu dan mukaddimah kepada persoalan penting itu.

Satu-satunya harapan yang ada untuk mengetahuinya adalah Chah. Tapi sudah pastilah mustahil untuk bertanyakan cerita secara terus kepada dia lantaran aku memang tak pernah mengenalinya sebelum ini, ditambah lagi dengan kesedihan dan rasa terkejut atas kehilangan abangnya pada ketika itu. Dan disebabkan itu, aku pendamkan saja perasaan itu sendirian. Yang mana telah menyebabkan aku menderita selama berbulan-bulan lamanya akibat rasa kehilangan dan bersalah atas pemergiannya.

Sebelum ini kerap juga aku menjenguk ke wall fb Chah untuk mengetahui perkembangan hidupnya. Melihat dia sudah berkahwin dan mempunyai anak, membuatkan hatiku tenang kerana dari itu aku tahu dia sudahpun meneruskan kehidupan, dan itulah yang Omar inginkan. Tetapi entah bagaimana, malam ini ketika aku menaip nama fbnya pada henfon, nama tersebut tidak tersenarai pada search bar fb. Dan kemudian aku cuba menaip nama tersebut di Google, terdapat beberapa result yang keluar. Dan salah satu daripadanya adalah alamat BLOG peribadi tulisan Chah.

Seraya terlihat url blog Chah, aku seakan hilang kawalan. Sebelum sempat membaca kandungannya, aku sudah menangis teresak-esak. Kerana aku tahu, dengan izin Allah, inilah harinya aku akan menemui jawapan yang aku cari selama ini.

Satu demi satu entry luahan perasaan Chah aku baca. Ternyata, seberat manapun kesedihan yang aku pernah tanggung selepas pemergian Omar, tidak dapat menandingi apa yang telah dilalui oleh Chah, adik kandungnya sendiri.

Ini sebahagian daripada entry pertama dari bulan Julai 2012 ketika Omar baru pulang ke Bintulu dari KL...

Dalam awal bulan 5 tu, dia pergi KL. Sebulan lebih jugak la dia kat sana. Hari khamis tu dia balik Bintulu. Bila aku tengok dia, memang aku terkejut sangat. Dengan badan yang sangat2 kurus, rambut yang hampir botak & muka yang luka2. Rasa nak nangis tengok keadaan abang macam tu. Abang ada cerita kat aku. Time dia kat KL hari tu, ada sorang pakcik tegur muka dia. Lepas tu pakcik tu cakap, abang ada terkena buatan orang. Dia bagi air kat abang & suruh abang minum. Lepas aje abang minum, terus dia rasa semacam.

Bila aku dah dengar cerita abang tu, aku bagitau kat mak. Suruh bawak abang pergi berubat. Kat kampung aku ni, ada sorang laki yang pandai ubat cara islam. Sepanjang hari tu, aku rasa x sedap hati. Asyik fikirkan abang aje. Memang dari segi kesihatan, dia ok. Xda pulak dia mengadu sakit2 badan @ sakit kepala. Selera makan dia pun macam biasa jugak. Tu yang buat kitorang x risau sangat.

Balik dari kerja semalam, tengok muka, tangan, kaki & kepala abang ada kuning2. Dia cakap, pakcik aku datang petang semalam nak ubatkan dia. Memang betul, pakcik aku cakap abang terkena buatan orang. Benda tu sikit2 akan memakan badan abang aku. Mula2 luaran & lama2 dia akan merebak ke dalam badan.

Entry seterusnya menceritakan serba sedikit keadaan kesihatan Omar pada Hari Raya tahun 2012...

Raya aku tahun ni, sungguh berbeza dari raya tahun lepas2.  Tahun ni raya aku cukup bemakna walaupun aku sefamily menyambutnya dengan besederhana, memandangkan kesihatan abang yang tak mengizinkan, tapi, aku bersyukur & gembira, bila aku dapat berkumpul & memeriahkan lagi suasana di pagi raya bersama family encik tunang aku.  Pengalaman pertama yang tak pernah aku rasai sebelum ni.

Entry beberapa minggu selepas itu mula menceritakan keadaan Omar ketika keadaan kesihatannya mulai membimbangkan...

Beberapa hari yang lepas, dia pengsan masa dia nak makan.  Dia kata dia sakit perut then tiba2 dia pengsan.  Sebelum ni abang tak pernah pengsan. 2 malam yang lepas pun, dia terjatuh ke lantai, gara2 dia mengigau.  Mak pulak pergi tahan kaki dia bila tengok abang tiba2 bangun masa dia tengah tido then tiba2 menari.  Bila mak tahan kaki dia, dia meronta2.  Last2, dia jatuh ke lantai.  Aku yang kat tepi dia, x sempat nak sambut.  Bapak datang, & pelok abang.  Tapi abang tiba2 menjerit & meronta2.  Terus bapak laungkan azan & aku panggil nama dia, suruh dia sedar.  Tak lama lepas tu, dia sedar & kata kepala dia pening sangat.


Dalam linangan air mata yang tak tertahan, aku kuatkan diri membaca entry seterusnya...


Hari sabtu lepas, bapak bawa seorang pakcik datang ke rumah untuk ubatkan abang.  Nama dia pakcik Idel.  Dia memang pandai ubatkan orang cara islam.  Dah ramai orang berubat dengan dia. Bukan setakat di Sarawak aje, sampai ke semenanjung pun dia pernah ubatkan.

Cara dia ubatkan sangat2 simple.  Dia gunakan pen & golek2kan pen tu kat jari2 tangan & kaki abang.  Tapi, bila pen tu menyentuh aje jari jemari abang, terus abang meraung & menangis sampai muka dia pucat sangat.  Aku yang duduk kat tepi pun ikut nangis jugak.  Aku sedih sangat tengok abang macam tu.  Even aku tak merasa kesakitan yang dia rasa tu, tapi dari tangisan & raut wajah dia, dah dapat mengambarkan segala kesakitan tu.  

Masa Pakcik Idel sentuh belakang badan dia, & bacakan yasin & beberapa ayat al-Quran, abang kata, panas sangat telapak tangan pakcik tu.

Pakcik Idel bagitau, dia bagi tempoh seminggu untuk tengok kesan & tindak balas dari rawatan dia tu.  Kalo dalam tempoh seminggu tu dah ada tanda2 nak sembuh, dia akan teruskan rawatan yang seterusnya.  Tapi, kalo tak ada perubahan @ keadaan abang makin teruk, dia tak dapat nak buat apa2 coz bukan bahagian perubatan dia.

Pakcik Idel pun ada jugak bagitau, memang ada seseorang yang hantar benda kat abang. Perempuan.  Kitorang memang dah agak & memang tau siapa.  Tapi, biarlah Allah yang membalas semuanya andai kami tak punya kudrat untuk membalasnya.

Malam lepas Pakcik Idel ubatkan abang, abang dah mula bertenaga sikit.  Dia dah boleh duduk depan tv & bercakap dengan mak & bapak.  Selera makan dia pun dah makin bertamabah. Alhamdulillah.

Tapi, keesokkan harinya pulak, abang kembali lemah macam hari2 sebelumnya.  Malam semalam pulak, sekali lagi dia nak pengsan masa nak pergi tandas.  Masa tu bapak tak ada kat rumah. Dia pergi kedai.  Aku pulak tengah masak. Mak la yang bawak abang pergi tandas. Belum sampai tandas, abang dah mengadu pandangan dia gelap & badan dia lembik macam nak jatuh. Cepat2 aku ambikkan kerusi & suruh dia duduk.  

Sepanjang malam tu mak & bapak bergilir2 jaga dia.  Banyak kali jugak la abang terbangun & mengigau. Dia bagitau mak, dia bermimpi benda yang pelik2.  Aku pun tak dapat nak tidur bila tengok abang macam tu. Kesian sangat2.

Dan keadaanya tidak pernah memulih, malah semakin parah dari hari ke hari...

Semalam abang dibawa ke hospital coz keadaan dia semakin membimbangkan.  Dia kena tahan kat wad, so aku terpaksa tido kat rumah encik tunang.  Takut pulak nak stay kat rumah sorang2.  Lepas balik kerja semalam, memang tak sempat nak pergi lawat abang. Jam pun dah akhir masa tu. Tengahari ni tadi, baru dapat pergi lawat abang.  Tu pun tak lama coz aku kerja & masa rehat pun tak panjang.  Tapi, lega jugak la dapat tengok muka abang, even tak lama.  Mula2 masuk bilik dia tu, hampir terduduk jugak la aku kat depan pintu.  Lemah seluruh badan.  Airmata pulak macam tak dapat nak ditahan2.  Aku pegang tangan abang, tapi dia masih x tau siapa yang datang.  Bila mak kata, 'adik chah tu', baru dia senyum.  Dia kata aku bodo coz aku nangis.  Then sempat lagi dia ketawa.  Aku cuba kawal emosi aku.  Tak nak abang sedih tengok aku nangis. Mak kata, dari semalam dia cari aku. Kesian abang.

Pada ketika ini, aku rasa persoalan aku hampir terjawab. Tapi aku terus membaca coretan Chah dengan tabah. Dan pada perenggan inilah aku menemui jawapannya...
 
2 hari sebelum abang meninggal, dia merapu2, cakap benda yang pelik2.  Tapi masa tu dia dah tak kenal lagi siapa yang datang. Dia selalu panggil mak, bapak & chah aje.  Bapak kata jangan jauh. Masa abang dah tak panjang lagi. Berkali2 jugak aku menidakkan.  Kenapa bapak cakap macam tu??Abang masih ada harapan lagi.  Aku cakap kat abang, abang mesti kuat. Abang mesti lawan sakit abang tu. Tapi, semua saudara mara aku yang ada kat situ cakap, memang abang dah tak ada harapan. Selalunya orang yang nak meninggal akan cakap benda yang pelik2. Aku tak percaya semua tu. Bagi aku semua tu mengarut. Abang masih lagi boleh sihat macam dulu.

Sehari sebelum abang meninggal, dia diam aje. Tak bercakap, tak makan, tak minum, tak kenal langsung sesiapa yang datang. Aku berharap sangat dia dapat kembali sihat masa tu.  Berharap agar Allah memberi abang peluang ke 2 untuk hidup.  Masa tu hati aku kuat nak teman abang kat hospital, tapi kebetulan pulak malam tu ada konsert sempena hari malaysia kat airport lama, so hati aku jadi berbelah bagi.  Last2 aku balik aje.

Esok pagi, berkali2 bapak call, suruh ambikkan baju la, seluar la, air zam2 la, macam2.  Kebetulan pulak masa tu hujan.  So, susah sikit aku & encik tunang nak gerak awal. Bapak pulak tak berhenti2 call, tanya bila aku nak pergi hospital.  Aku pulak macam berat sangat hati nak pergi.  Aku cakap kat bapak, kejap lagi la. Then aku sempat masak & makan.  Tengah makan tu, tiba2 bapak call lagi.  Bapak cakap, cepat sikit pergi hospital.  Takut aku tak sempat jumpa abang.  Hati aku dah tak menentu masa tu. Masa on the way nak pergi hospital, aku call makcik aku. Nak tanya dia kat mana. Bila dia jawab aje call aku, terus dia kata abang dah tak ada.  Aku macam tak percaya.  Aku rasa makcik aku tipu.  

Sampai aje kat hospital, aku tau abang dah tak ada lagi.  Tapi hati aku menidakkannya. Aku tanya orang2 kat sekeliling, "abang ada lagi kan?" Semua orang suruh aku sabar.  Then kazen aku bawak aku keluar dari bilik abang.  Aku duduk kat luar & masa tu la aku tersedar.  Abang memang dah tak ada lagi.  Abang dah pergi buat selama2nya.  Aku terkilan tak sempat jumpa abang.  Abang dah tinggalkan aku.  Dah tinggalkan mak dan bapak.

Demi Allah, selama hampir 2 tahun pemergian Omar aku tak pernah menyangka seberat ini ujian yang Allah timpakan ke atasnya sebelum dijemput ajal. Dan demi Allah, aku tak pernah tahu selama 2 tahun ini ketika aku mengharapkan dia sempat menceritakan kepada aku segala yang berlaku padanya, betapa sedikitnya masa yang dia ada untuk menjawab segala-galanya. Betapa buruknya keadaan kesihatannya pada ketika itu, yang telah memaksanya untuk mendiamkan diri. Dan betapa sedikitnya masa yang masih bersisa untuk dia luangkan bersama keluarganya buat kali yang terakhir.

Ya Allah, maafkan aku Omar. Aku tak pernah tahu. Maafkanlah aku.

Tak dapat aku bayangkan kalau saat itu aku ada di sampingnya melihat keadaan dia pada ketika itu. Mungkin sekarang aku sudah hilang waras dan mengalami penderitaan mental yang berpanjangan kerana dihantui penderitaannya setiap hari.

Sekarang baru aku tahu betapa sayangnya arwah Omar kepada kami. Dari ketika hidupnya dia tidak pernah mahu menyusahkan aku walaupun ketika dihimpit masalah yang sangat teruk. Tapi aku tak pernah faham. Sedangkan ketika aku dihimpit masalah dan tiada tempat berteduh, dia selalu ada. Tapi aku selalu lupa. Dan ketika saat tenatnya dahulu, dia enggan menceritakan keperitannya. Kerana aku tahu, dia tak mahu kami risaukan keadaannya. Tapi itu pun aku masih tak faham apa sebabnya. Tidak sehingga hari ini, hanya selepas 2 tahun dia meninggalkan kami.

Dia selalu ada untuk merintis jalan supaya aku lebih bersedia menghadapi kemungkinan terburuk dalam hidup pada masa hadapan. Baik dan buruk yang telah berlaku ketika hayatnya, adalah pelindung bagi kami. 8 tahun mengenalinya bagi aku tiada sesaat pun masa dari bagian hidupnya ketika bersama kami yang tak dapat aku manfaatkan.

Apa yang aku temui hari ini adalah pemberian Allah yang sangat bermakna dalam hidup aku setelah sekian lama. Aku masih merinduimu setiap hari, sahabatku. Tenanglah, damailah engkau di sana bersama golongan yang beriman.


Comments seterusnya...

Asfan Shah - Alasan Untuk Bahagia

oleh sorensen pada 20 Januari 2014 dalam


Aku memang ada masalah dengan lagu ni. Masalahnya, bila sekali aku dah dengar aku tak boleh berhenti. Aku akan ulang, ulang dan ulang lagi sama ada sampai mengantuk atau bosan mendengarnya pada hari itu (esok sambung dengar berulang-ulang lagi). Entri-entri yang sebelum ni pun membuktikan sememangnya aku ni payah nak attached dengan satu-satu lagu kecuali untuk Kisah Hati daripada Alyah (2011) dan Andai Ku Bercinta Lagi daripada MOJO (2012).

Dan nampaknya tahun 2014 ni dibuka dengan lagu brilliant ciptaan Asfan Shah. Sebenarnya 1st time terdengar kat radio ERA beberapa minggu lepas secara tak sengaja, tu pun masa pukul 2 pagi. Hairan pulak aku kenapa masa siang aku tak pernah dengar kat ERA walaupun radio tu sentiasa terpasang, lagu merepek selalu pulak diorang ulang. Lepas tu bila diselidik, barulah aku tahu bahawa penyanyi lagu ni pernah masuk top 24 masa AF 2013 lepas. Quite surprising for someone yang talented dan ada profile macam ni tak diberi peluang ke final.

Apapun, enjoy this masterpiece. To Asfan Shah, lots of love.. all the best! =)


Asfan Shah - Alasan Untuk Bahagia

Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakmu
Menghapus bayangmu
Terusan ku membawa cinta
Jauh dariku
Jauh darimu

Dan tidak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini

Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan 
Putus kerna alasanmu
Untukku bahagia

Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia


Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

Ooo...

Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan 
Putus kerna alasanmu
Untukku bahagia


Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan 
Putus kerna alasanmu
Untukku bahagia


Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati...


Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia


Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia...



Comments seterusnya...